Utusan Borneo (Sarawak)

Restoran mamak dikesan guna logo halal tanpa kebenaran

-

Sebuah restoran mamak yang telah beroperasi lebih 10 tahun di sini dikesan mempamerka­n logo halal di bahagian belakang premis itu tanpa kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Terengganu Zulfamy Mat Udi berkata walaupun pemilik restoran itu adalah seorang muslim namun beliau tidak pernah memohon mendapatka­n sijil pengesahan halal daripada JHEAT.

Kesalahan di bawah Peraturan 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 itu dikesan dalam pemeriksaa­n oleh pegawai pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Jabatan Kesihatan negeri dan JHEAT.

“Di restoran ini juga ada digantung ayat-ayat suci alQuran, tetapi ia tidak diturunkan kerana pemiliknya adalah seorang Muslim...bahan-bahan masakan yang digunakan juga didapati halal,” katanya kepada pemberita selepas menjalanka­n pemerik- saan di beberapa premis di sini semalam.

Beliau berkata sebanyak 17 restoran mamak yang beroperasi di negeri ini diperiksa sejak Jumaat lepas iaitu 11 d Kuala Terengganu, empat d Kemaman dan masing-masing satu di Besut dan Dungun.

“Daripada premis yang diperiksa itu, hanya satu yang dikesan melakukan kesalahan berkaitan tanda halal, walaupun dipamerkan di belakang dapur, perbuatan seumpama itu boleh mengeliruk­an orang ramai,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia