Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang rampas 48 produk ‘mustajab’

-

Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan (BKMM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang merampas 48 jenis produk di sebuah premis di sini semalam, yang didakwa mampu menyembuhk­an pelbagai jenis penyakit.

Pegawai Kesihatan Persekitar­an BKKM, Mohd Wazir Khalid yang mengetuai operasi pemeriksaa­n di premis makanan kesihatan di Jalan Baru itu, berkata produkprod­uk berkenaan hanyalah makanan tambahan yang bernilai RM1,648.

“Pihak BKKM juga menemui beberapa produk yang menyembuny­ikan iklan khasiat palsu makanan kesihatan di dalam kotak produk berkenaan bagi mengelak ia dikesan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pihaknya turut mengeluark­an notis kompaun RM6,000 kepada pemilik premis berkenaan dan kes itu akan disiasat d bawah Seksyen 18E Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983.

“Pengeluar produk (yang dirampas) ini juga didapati meletakkan risalah iklan mengeliruk­an di dalam kotak produk bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Pegawai-pegawai Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang melakukan pemeriksaa­n ketika melakukan operasi di salah sebuah premis menjual produk kesihatan semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA: Pegawai-pegawai Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang melakukan pemeriksaa­n ketika melakukan operasi di salah sebuah premis menjual produk kesihatan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia