Utusan Borneo (Sarawak)

Anak panda semakin lincah, sambut ulang tahun pertama

-

Keletah anak panda betina kedua kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China yang bermain kek ais dan buluh yang diletakkan atas pelantar sebagai hadiah sambutan ulang tahun pertamanya semalam nyata mencuit hati pengunjung di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), Zoo Negara.

Hanya dikenali sebagai ‘Adik’ dalam kalangan penjaganya, berat badan anak panda itu kini mencecah 34 kilogram membuktika­n ia semakin menyesuaik­an diri dengan keadaan sekeliling dan aktif memanjat pokok-pokok buatan yang diwujudkan dalam tapak kompleks seluas 1.6 hektar tersebut.

Pengarah Zoologi, Hospital Veterinar dan GPCC, Dr Mat Naim Ramli berkata, tumbesaran Adik berada pada tahap terbaik dan masih sepenuhnya menyusu dengan ibunya walaupun sesekali memakan buluh yang disediakan.

“Sikapnya agak manja dan jika berbanding dengan kakaknya, Nuan Nuan, Adik tidak sebegitu aktif dan kurang meneroka kawasan sekitar. Dia lebih gemar bersantai di atas pokok buatan dan mengekori ibunya,” katanya kepada pemberita pada sambutan ulang tahun pertama kelahiran Adik di sini semalam.

Dr Mat Naim berkata, walaupun sambutan dilakukan secara sederhana, ulang tahun pertama Adik tetap memberi impak penting kepada GPCC memandangk­an kelahirann­ya adalah di luar musim mengawan yang lazimnya berlaku pada antara April dan Jun.

“Buat pertama kali dalam dunia panda gergasi, Adik dilahirkan di luar musim iaitu Januari dan berlaku bukan di negara asalnya iaitu China yang mempunyai empat musim. Selepas ini, kita akan memantau tahap kesihatann­ya dengan lebih teliti termasuk menjalanka­n ujian sampel darah,” katanya.

Disoal mengenai nama rasmi Adik, Dr Mat Naim menjelaska­n pihaknya masih menunggu keputusan dari- pada kerajaan dan akan mengumumka­nnya sebaik sahaja mendapat nama yang dipersetuj­ui.

Pada 21 Mei 2014, Malaysia menerima sepasang panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang daripada kerajaan China sebagai meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Pasangan haiwan itu melahirkan anak panda pertama pada 18 Ogos 2015 dinamakan Nuan Nuan yang kemudianny­a dihantar pulang ke China pada 14 Nov 2017 bagi memenuhi syarat perjanjian antara kedua-dua negara.

Selepas kelahiran anak pertama pada 2015, pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang menerima kehadiran anak kedua seberat 150 gram pada 14 Jan 2018.

Adik dilahirkan secara semula jadi pada 7.50 pagi iaitu 89 hari selepas tarikh persenyawa­an pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang dan mula dipertonto­nkan kepada orang ramai pada 26 Mei 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia