Utusan Borneo (Sarawak)

PEMBAWA mahu kerajaan naikkan tambang bas ekspres sebanyak 30%

-

Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjun­g Malaysia (PEMBAWA) memohon kerajaan menaikkan 30 peratus kadar tambang bas ekspres bagi mengurangk­an beban kepada pengusaha bas di negara ini.

Yang Dipertuany­a, Cik Ibrahim Cik Ismail berkata, 15 pengusaha bas yang bernaung di bawah persatuan itu menanggung beban kenaikan kos termasuk gaji minimum setiap pekerja RM1,100.

Selain itu katanya, pengusaha juga perlu menaik taraf perkhidmat­an dan penyeleng- garaan kenderaan.

“Diharapkan harga tiket dapat dinaikkan dalam tempoh terdekat dapat membantu pengusaha menangani kos yang semakin meningkat. Kasihan pengusaha bas kerana kami perlu beri khidmat kepada masyarakat termasuk pekerja.

“Ini berikutan sudah 11 tahun tiada kenaikan harga tiket bas ekspres dan yang terakhir pada 2008,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Program Penghayata­n Wawasan Mutiara 2019 di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 158 ejen dan pemandu bas E-Mu- tiara diraikan.

Pada sidang media sama, Cik Ibrahim yang juga Pengerusi Eksekutif Konsortium Bas Ekspres Mutiara (E-Mutiara) bercadang melebarkan perkhidmat­annya ke Singapura dan Thailand.

Katanya, perkhidmat­an rentas sempadan itu bertujuan melebarkan perkhidmat­an di samping memudahkan penumpang yang hendak ke dua-dua negara jiran itu.

“Mereka tidak lagi perlu transit sebelum ke destinasi akhir. Perkhidmat­an itu akan dimulakan sebaik kerajaan memberi kebenaran laluan antara negara” katanya.

Cik Ibrahim berkata perkhidmat­an bas rentas sempadan itu juga selaras wawasan syarikat membawa 1.3 juta penumpang ke semua destinasi tahun ini selepas mereka mencatatka­n 1 juta penumpang tahun lepas.

Berikutan itu juga katanya Konsortium E-Mutiara sudah menempah 24 buah bas yang dilengkapi sistem ‘Ecolution iaitu satu sistem yang mampu mengawal pelepasan karbon dioksida (CO2) dan empa daripada bas terbabit dijangka diterima bulan ini daripada syarikat Scania. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia