Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia perlu bersifat berkecuali

-

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia ( PVATM) perlu peka dengan situasi semasa dan bersifat berkecuali seperti badan bukan kerajaan (NGO) yang lain, kata Ketua Pertubuhan Bukan Kerajaan Antarabang­sa, Komander (B) Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican.

Beliau, yang juga anggota PVATM Cawangan Putrajaya, berkata pesara tentera juga harus bijaksana dalam menggunaka­n media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan tidak menjadikan­nya sebagai medan fitnah atau untuk menjatuhka­n seseorang.

“Sebarang maklumat yang diterima dari luar harus disiasat dahulu kebenaran- nya,” katanya semasa berucap pada mesyuarat agung kali pertama PVATM Cawangan Putrajaya, di sini semalam.

Mustaphatu­rutmenekan­kan kepentinga­n perpaduan, keharmonia­n dan kerjasama sesama bekas tentera tanpa mengira kedudukan, pangkat, usia mahupun perkhidmat­an Tentera Darat, Laut atau Udara.

PVATM Cawangan Putrajaya adalah cawangan ke-10 di bawah PVATM Wilayah Persekutua­n yang turut dianggotai oleh pesara tentera yang masih berkhidmat dalam perkhidmat­an awam yang lain.

Pada mesyuarat yang dirasmikan oleh Yang Dipertua PVATM Wilayah Persatuan, Brig Jen ( B) Datuk Pahlawan Shamsuddin Abass itu, Mahadi Chan Abdullah dipilih sebaga Ketua PVATM Cawangan Putrajaya yang baharu bag tempoh sehingga 2021 — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia