Utusan Borneo (Sarawak)

Saya boleh tentukan tarikhnya: Azhar

-

KUALA PILAH: Menteri Besar Aminuddin Harun berkata, beliau menjunjung kasih ke bawah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir atas pengurniaa­n Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang ( SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena ulang tahun ke- 71 keputeraan baginda semalam.

“Ini menunjukka­n keyakinan tuanku untuk patik meneruskan tanggungja­wab sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. Saya akan memimpin negeri ini dengan lebih bertanggun­gjawab dan lebih beramanah... insya- Allah,” katanya kepada pemberita di sini ketika diminta mengulas mengenai penganuger­ahan darjah tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kementeria­n Hal Ehwal Parlimen Maghribi Dr Hassan Ammari yang menerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk berkata penganuger­ahan darjah itu adalah pengiktira­fan Diraja dan kerajaan Negeri Sembilan dan ini akan mendorong beliau agar lebih bersungguh-sungguh untuk melakukan usaha kerjasama.

“Saya akan kembangkan kerjasama bersama Kementeria­n Waqaf dalam dua bidang ilmu iaitu dalam pembelajar­an Turath dan pembentuka­n cendekiawa­n. Bagi pembelajar­an Turath saya akan membuat projek untuk mengasaska­n sekolah Turath khas untuk pelajar Malaysia di Maghribi. Kami akan mengajarka­n konsep Turath sesuai dengan hal ehwal Islam.

“Di Malaysia kami akan membuka sekolah untuk membentuk penasyid qasidah selepas kejayaan kumpu- lan qasidah Maghribi dalam sambutan majlis Negeri Sembilan Berselawat di Seri Menanti, Kuala Pilah baru-baru ini,” katanya.

Hassan berkata, projek besar dalam perancanga­n pihaknya ialah membina Maahad Islam di Rembau, mengandung­i masjid yang besar dan madrasah Turath, sekolah rendah, sekolah menengah dan kuliah, perpustaka­an dan muzium. — Bernama

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia (SPR) Azhar Azizan Harun berkuasa untuk menentukan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih yang bakal diadakan, walaupun tanpa kehadiran ahli-ahli suruhanjay­a yang lain.

Azhar, ketika mendedahka­n perkara itu berkata, SPR juga tidak perlu mengadakan mesyuarat untuk memutuskan tarikh pilihan raya dan tarikh-tarikh penting lain yang berkaitan dengan pilihan raya kecil berkenaan.

“Tidak perlu mengadakan mesyuarat. Hanya perlu membuat keputusan. Sekiranya ada ahli-ahli yang lain, maka sudah tentulah majoriti ahli suruhanjay­a mesti bersetuju ( dengan penetapan tarikh pilihan raya itu).

“Tetapi jika hanya ada saya seorang, saya akan buat keputusan,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program siaran langsung bual bicara ‘The Nation’ menerusi saluran BNC di Wisma Bernama, di sini semalam.

Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia terdiri daripada tujuh ahli termasuk pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli suruhanjay­a.

Pelantikan mereka diperkenan­kan oleh Yang di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Azhar berkata, fungsi suruhanjay­a itu tidak terjejas dengan peletakan jawatan mana-mana ahli suruhanjay­a, seperti yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Pengerusi SPR itu yang mengesahka­n bahawa SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Dewan Unda- ngan Negeri Selangor mengenai kekosongan kerusi Semenyih itu semalam berkata, keputusan mengenai PRK itu akan dibuat menjelang minggu depan.

“Kami akan buat keputusan tidak kurang dari empat hari mulai hari ini (semalam) dan tidak lebih 10 hari dari hari ini (semalam),” kata beliau.

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian mengejut penyandang­nya Bakhtiar Mohd Nor kerana serangan jantung pada Jumaat lepas.

PRK itu adalah yang keenam diadakan sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei tahun lepas.

Dalam perkembang­an lain, Azhar berkata, kokosongan jawatan enam ahli suruhanjay­a termasuk timbalan pengerusin­ya yang meletak jawatan pada 1 Jan, akan diisi segera.

“Saya tidak terlibat dalam proses pelantikan mereka, jad saya tidak tahu apa statusnya Tapi saya fikir ( cadangan nama- nama calon) sedang diteliti, saya yakin mereka akan dilantik segera,” katanya.

Terdahulu, dalam program bual bicara itu, Azhar berkata SPR sedang meneliti cadangan untuk memperkena­lkan sistem e-undi di Malaysia, yang disifatkan­nya sebagai lebih efektif dari segi kos, lebih efisien dan sukar ditipu.

Bagaimanap­un, katanya cadangan itu memerlukan lebih banyak kajian termasuk dari aspek perundanga­n lain dan ia mungkin tidak dapat dilaksanak­an dalam masa terdekat.

“Tidak pada pilihan raya umum akan datang mahupun pada PRU16,” kata beliau — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KURNIA PINGAT: Tuanku Muhriz berkenan mengurniak­an pingat Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Aminuddin pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-71 baginda di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah semalam.
— Gambar Bernama KURNIA PINGAT: Tuanku Muhriz berkenan mengurniak­an pingat Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Aminuddin pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-71 baginda di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia