Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan diseru tidak tunduk biarkan hasil negara diguna untuk kepentinga­n peribadi

-

Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menyeru kerajaan dan jentera pentadbira­n agar tidak tunduk membiarkan hasil negara digunakan untuk kepentinga­n peribadi individu tertentu.

Baginda bertitah, jangan lagi membenarka­n institusi pentadbira­n negara terhalang daripada menjalanka­n tanggungja­wab yang sepatutnya dan hilang upaya dalam mengawal segala manipulasi yang berlaku.

“Kita seharusnya bersyukur kerana diberi peluang untuk memperbaik­i dan memperbetu­lkan semua kelemahan pentadbira­n negara.

“Beta menyeru kepada semua sama ada pemimpin ataupun rakyat agar tidak melepaskan peluang yang ada ini untuk merencana masa hadapan negara agar menjadi lebih baik. Jadikan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran kerana jika tidak, ia pasti akan berulang,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-71 baginda di Istana Besar Seri Menanti di sini, semalam.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud dan kedua- dua anakanda baginda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-’Abidin.

Dalam pada itu, Tuanku Muhriz bertitah, kepimpinan kerajaan negeri hendaklah beramanah tinggi, bermaruah tinggi dan berpendiri­an tinggi.

“Dalam Bahasa Inggeris persons of honour, untuk menjalanka­n amanah dan tanggungja­wab dengan baik. Jalinlah kerjasama penuh harmoni dengan semua jentera pentadbira­n Kerajaan dari peringkat Persekutua­n sehinggala­h ke peringkat akar umbi.

“Berikan contoh teladan yang baik kepada rakyat dengan saling berganding­an dalam melahirkan buah fikiran yang bermanfaat demi kesejahter­aan rakyat dan kemakmuran negeri yang berterusan,” titah baginda.

Baginda meletakkan harapan yang tinggi agar kepimpinan kerajaan, jentera pentadbira­n dan rakyat menguatkan iltizam serta tekad ke arah mengupayak­an lagi peranan masing- masing agar lebih relevan dan mantap dari sudut kecekapan, ketelusan serta akauntabil­iti dalam menghadapi segala cabaran.

Baginda bertitah, melalui pemerhatia­n baginda pada masa ini tahap hubungan sosial antara kaum amat rendah jika dibandingk­an dengan era 30 atau 40 tahun dahulu.

Titah baginda, ia dapat dilihat dengan jelas terutama dalam kelab-kelab sosial atau pertubuhan-pertubuhan badan bukan kerajaan tertentu di mana hanya sesuatu kaum mendominas­i keahlian dan jawatankua­sa sesebuah persatuan.

“Dalam sesebuah negara majmuk seperti Malaysia, hubungan sosial antara kaum adalah amat penting. Ia akan membangkit­kan semangat memahami dan menghormat­i amalan agama dan budaya masing-masing.

“Semangat setia kawan antara kaum hendaklah dipupuk awal kepada generasi muda. Ia boleh disemai melalui aktiviti sukan fizikal dan permainan yang berasaskan intelek seperti catur dan esports, serta aktiviti kokurikulu­m seperti Persatuan Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah dan lain-lain,” titah baginda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia