Utusan Borneo (Sarawak)

Kedah naikkan had kerja undi selenggara jalan negeri

-

Kerajaan negeri Kedah mengambil inisiatif menaikkan nilai had kerja undi kepada RM150,000 bagi satu kerja penyelengg­araan jalan negeri yang ditawarkan kepada kontraktor Kelas G1 pada tahun ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya, langkah itu bagi memberi peluang yang lebih besar kepada kontraktor kelas tersebut di samping dapat meningkatk­an kualiti penyelengg­araan jalan di negeri ini.

Beliau berkata, sebelum ini had kerja undi adalah antara RM20,000 hingga RM50,000 bagi setiap kerja yang ditawarkan melalui kaedah undi yang diadakan setiap tahun bermula 2015.

“Hasrat utama kerajaan dalam pemberian kerja-kerja penyelengg­araan jalan melalui kaedah perolehan undi ini adalah bagi memberi peluang kepada seramai mungkin kontraktor Kelas G1 untuk turut serta,” katanya ketika berucap pada majlis minum petang dan taklimat kerja undi negeri ini bagi tahun 2019 bersama kontraktor Kelas G1, di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Kedah, Zamri Yusof.

Mukhriz berkata, antara skop kerja penyelengg­araan jalan yang diberikan secara undi itu termasuk kerja-kerja mengecat garisan jalan, menggantik­an perabot jalan seperti papan tanda, tandaan jalan dan menyelengg­ara longkang.

Katanya, kerajaan neger sememangny­a amat prihatin terhadap harapan kontraktor- kontraktor untuk mendapatka­n peluang bag kerja-kerja yang ditawarkan kerajaan.

Katanya, para kontraktor juga perlu meningkatk­an keupayaan dan mengikis kelemahan supaya lebih berdaya maju serta merebut peluangpel­uang yang disediakan kerajaan.

“Usaha juga perlu dipergiatk­an untuk memperkuku­hkan lagi kompetensi melalu usaha bimbingan, latihan kemahiran, perkongsia­n pengalaman dan jaringan atau networking. Kita mahu melihat lebih ramai kontraktor berkualit dan berdaya saing sehingga ke persada antarabang­sa,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERAMAH MESRA: Mukhriz (tengah) beramah mesra dengan kontraktor yang hadir pada Majlis Minum Petang dan Taklimat Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) G1 di Dewan Ser Mentaloon di Alor Setar semalam.
— Gambar Bernama BERAMAH MESRA: Mukhriz (tengah) beramah mesra dengan kontraktor yang hadir pada Majlis Minum Petang dan Taklimat Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) G1 di Dewan Ser Mentaloon di Alor Setar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia