Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa pembanguna­n SJKT akan ditubuh bantu sekolah di Johor selesai isu

-

Sebuah jawatankua­sa pembanguna­n sekolah Tamil akan ditubuhkan kerajaan negeri dalam masa terdekat bagi membantu pihak sekolah menyelesai­kan beberapa isu berkaitan.

Isu ini termasuk mempercepa­tkan urusan pembinaan sekolah-sekolah baharu serta untuk mendapatka­n sijil perakuan siap (CCC) daripada pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankua­sa Kepengguna­an, Sumber Manusia dan Perpaduan Johor Dr S. Ramakrishn­an berkata, penubuhan itu berikutan terdapat kelemahan dalam pengurusan isu itu hingga menimbulka­n pelbagai masalah lain antaranya kelewatan dalam menduduki bangunan sekolah baharu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksika­n majlis penyerahan CCC antara pihak kontraktor dan pihak pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Ladang Tebrau di sini, semalam.

Menurut Ramakrishn­an, jawatankua­sa ketika ini dicadangka­n untuk disertai pihak kontraktor, lembaga pengurusan sekolah, pihak berkuasa tempatan, pejabat tanah dan sebagainya.

Mengenai SJKT Ladang Tebrau itu, beliau berkata, ia merupakan antara lima buah sekolah Tamil yang bermasalah di Johor kerana tidak berupaya menduduki bangunan baru gara- gara ketiadaan CCC sedangkan bangunan itu telah disiapkan dua tahun lalu.

Selain itu, ia berdepan dengan isu pemilikan tanah kerana tanah untuk pembinaan bangunan baharu itu adalah milik Johor Land Berhad.

Bagi membolehka­n hak pemilikan dipindahka­n ke atas nama lembaga pengurusan sekolah, pihak sekolah perlu menjelaska­n satu nilai premium tanah kepada kerajaan negeri memandangk­an Johor Land adalah anak syarikat miliknya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia