Utusan Borneo (Sarawak)

Fabregas pamer aksi bertenaga pada penampilan sulung untuk Monaco

-

Cesc Fabregas bermula positif pada penampilan sulung untuk kelab Ligue 1 Perancis, Monaco selepas seri 1-1 dengan Marseille di Stade Velodrome Ahad lepas.

Fabregas, yang menyertai Monaco dari Chelsea Jumaat lepas, mempamerka­n aksi bertenaga di bahagian tengah ketika skuad kendalian Thierry Henry bangkit dari permulaan hambar untuk mengutip satu mata hasil gol Youri Tielemans enam minit sebelum rehat.

Fabregas hampir mengumpan gol kemenangan Tielemans pada minit tambahan dengan satu umpanan cantik tetapi Tielemans gagal melakuka nrembatan kemas.

Kehadiran Fabregas di Mo- naco adalah yang ketiga di kleab pada bulan ini selepas pemain pertahanan, Naldo dan pemain pertahanan kiri, Fode Ballo-Toure, yang juga beraksi dengan baik Ahad lepas.

Keputusan seri adalah bagus untuk pasukan yang tanpa penyerang yang cergas dan kurang pemain malah untuk mengisi tempat di bangku simpanan.

Mereka kekal dalam zon penyingkir­an walaupun mempamerka­n aksi positif dan empat mata dari zon selamat selepas menang hanya dua kali dari 10 perlawanan liga sejak Henry tiba pada bulan Oktober.

Mereka mendapat sedikit bantuan dalam saingan mengelak penyingkir­an apabila Paris Saint Germain (PSG) mem- belasah pasukan di tangga keempat dari bawah liga, Amiens 3-0 pada hari Sabtu dan Caen (tangga ke-16), tewas 1-3 kepada Lille.

Marseille memulakan perlawanan dengan protes dari penyokong kerana prestasi buruk mereka musim ini, yang menyaksika­n kelab berada di tangga kesembilan, 22 mata di belakang pendahulu liga, PSG.

Skuad kendalian Rudi Garcia itu tanpa kemenangan dari lapan perlawanan dalam semua pertanding­an dan juga beraksi dalam liga musim in selepas tersingkir dari tiga pertanding­an piala – termasuk dimalukan 0- 2 oleh kelab divisyen empat, Andreziuex dalam Piala Perancis minggu lepas. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? FABREGAS
FABREGAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia