Utusan Borneo (Sarawak)

Zuraimi jurulatih penjaga gol Kelantan

-

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melantik bekas jurulatih penjaga gol akademi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bawah 17 tahun, Zuraimi Hassan sebagai jurulatih penjaga gol skuad The Red Warriors (TRW) untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Presidenny­a, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata pelantikan Zuraimi dibuat berdasarka­n kepada pengalaman jurulatih kelahiran Pahang itu. Zuraimi sebelum ini adalah jurulatih Akademi Felda United dan Felda United.

“Kita harap dengan kehadiran Zuraimi dapat membantu pasukan terutama penjaga gol muda TRW meningkatk­an prestasi sebelum mulanya saingan LigaM, Februari ini” katanya ketika dihubungi Bernama.

KAFA akan melancarka­n jersi rasmi dan memperkena­lkan pemain pasukan TRW dalam masa terdekat ini dan ia masih mencari penaja bagi membantu pengurusan un- tuk musim ini, katanya.

Sementara itu, Zuraimi berkata beliau memilih untuk menyertai pasukan Kelantan berikutan pasukan juara berganda tahun 2012 ini mempunyai nama besar dalam saingan LigaM dan “lubuk” pemain berkualiti.

“Saya mahu memulih dan mengembali­kan Kelantan ke saingan Liga Super 2020 dan saya mempunyai impian untuk melahirkan penjaga gol yang berkualiti,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia