Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli perniagaan berhasrat sumbang kepada YAKEB

-

Ahli perniagaan, Datuk Seri Megat Daniff Shahriman Zaharudin berhasrat menyumbang wang tunai berjumlah sehingga RM500,000 kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan ( YAKEB) bagi membantu badan kebajikan itu yang menghadapi masalah kewangan.

Megat Daniff Shahriman yang merupakan Pengarah Urusan Restoran Berputar Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur, juga menawarkan diri menjadi anggota lembaga pengarah badan kebajikan bekas atlet tersebut.

“Saya mahu berbakti dan menolong mereka (YAKEB) dalam mengumpul dana untuk tujuan kebajikan. Saya juga mahu membantu bekas- bekas atlet mencari pendapatan agar kehidupan mereka lebih terjamin.

“Mereka ( bekas atlet) banyak mengharumk­an nama negara, jadi kita tidak boleh membiarkan mereka kesusahan. Apa paling penting bagi saya ialah sumbangan perubatan. Saya tidak mahu lihat bekas atlet terlantar tanpa sebarang bantuan kerana kehabisan dana,” katanya pada sidang media di sini.

Katanya, beliau ikhlas bersama-sama anggota lembaga pengarah Yakeb yang lain tanpa sebarang bayaran gaji kepadanya agar tujuan berbakti kepada atlet dan juga negara dapat ditunaikan.

Megat Daniff Shahriman berkata beliau mahu turut sama dalam badan kebajikan itu supaya lebih banyak dana dapat dikumpul dan percaya sekurang- kurangnya lebih RM3 juta bakal diperoleh setiap tahun.

“Saya belum berjumpa dengan pihak Yakeb berhubung niat saya ini. Jika mereka mahu berjumpa saya terlebih dahulu pun boleh, jika tidak, saya akan cari mereka dengan segera. Saya harap YAKEB boleh bagi perkhabara­n positif,” katanya.

Sebelum ini, YAKEB memaklumka­n mereka mungkin terpaksa memberhent­ikan sementara program kebajikan dan bantuan perubatan kepada semua bekas atlet negara berikutan kehabisan dana.

Badan kebajikan bekas atle itu juga akan menghentik­an pengeluara­n Surat Jaminan ( GL) kepada mana- mana bekas atlet yang ingin menjalani pembedahan dan mendapatka­n rawatan di hospita kerajaan dan swasta.

YAKEB terpaksa berbuat demikian selepas dana RM3 juta yang disalurkan kerajaan sudah dibelanjak­an untuk membantu lebih 2,400 bekas atlet kebangsaan yang memerlukan bantuan kewangan dan perubatan, sebelum ini — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia