Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain negara perlu bukti kewibawaan

Mereka perlu menunjukka­n mereka layak dipanggil pemain senior berdasarka­n merit sendiri bukan kerana penghijrah­an

-

KUALA LUMPUR: Kejohanan Perodua Masters Malaysia yang bermula hari ini hingga Ahad ini dilihat platform terbaik pemain naungan Persatuan Badminton Malaysia ( BAM), khususnya wakil tunggal perseorang­an lelaki Lee Zii Jia untuk membuktika­n kemampuan diri.

Mereka perlu menunjukka­n yang mereka layak dipanggil pemain senior berdasarka­n merit sendiri, bukan kerana penghijrah­an pemain- pemain senior yang beralih angin menjadi pemain profesiona­l.

Perkara itu diakui oleh Zii Jia yang tampil mengajak rakan- rakannya mengisi ‘ kekosongan’ dengan penuh rasa tanggungja­wab.

“Memang kalau kita ten-

Memang kalau kita tengok kebanyakan pemain dalam BAM kini adalah pemain muda. Saya harap pemainpema­in muda dalam BAM, bukan saya seorang tetapi semua pemain muda lain, tidak menjadikan ini sebagai beban sebaliknya menganggap ia satu tanggungja­wab untuk membuktika­n generasi kita mampu mengambil

ini. ” alih tugas

gok kebanyakan pemain dalam BAM kini adalah pemain muda. Saya harap pemain-pemain muda dalam BAM, bukan saya seorang tetapi semua pemain muda lain, tidak menjadikan ini sebagai beban sebaliknya menganggap ia satu tanggungja­wab untuk membuktika­n generasi kita mampu mengambil alih tugas ini,” katanya dipetik berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n sempena kejohanan itu semalam.

Pada Masters Thailand minggu lalu, pemain berusia 21 tahun itu menamatkan saingan di peringkat suku akhir selepas akur kepada pemain berpengala­man Brice Leverdez dari Perancis.

Antara pemain BAM yang akan beraksi di Masters Malaysia ialah Goh Jin Wei, Lee Ying Ying, Sonia Cheah ( perseorang­an wanita), Chow Mei Kuan- Lee Meng Yean (beregu wanita), Goh Soon Huat- Shevon Lai, Tan Kian Meng- Lai Pei Jing ( beregu campuran) dan Aaron Chia- Wooi Yik Soh, Ong Yew Sin- Teo Ee Yi ( beregu lelaki).

Mengakui tugas getir menungguny­a pada kejohanan kali ini apabila perlu memulakan saingan di pusingan kelayakan, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu berazam menampilka­n prestasi cemerlang.

“Saya rasa satu semangat untuk semua pemain perseorang­an lelaki dan BAM dengan kembalinya Datuk Lee Chong Wei menjalani latihan bersama kami kerana dia ialah pemain yang mampu memimpin kami. Bukan mudah juga kerana kelompok 40 pemain terbaik dunia akan bersaing kali ini.

“Kalau boleh saya mahu sampai hingga ke separuh akhir ataupun final kerana saya akan beraksi di hadapan penyokong sendiri. Namun saya tidak mahu terlalu memikirkan­nya agar tidak berasa tertekan,” katanya yang akan memulakan saingan menentang Zhou Zeqi dari China.

Menantinya selepas itu sama ada pemain Thailand, Sitthikom Thammasin atau seorang lagi pemain China Zhao Junpeng.

Dua pemain profesiona perseorang­an lelaki negara Liew Daren dan Chong We Feng turut beraksi pada kejohanan itu.

Kem badminton membuka tirai tahun ini dengan keputusan cemerlang apabila dua beregu profesiona­l negara Chan Peng Soon- Goh Liu Ying ( beregu campuran) dan Goh V Shem- Tan Wee Kiong ( beregu lelaki) menjuarai kejohanan Masters Thailand pada Ahad.

Kejohanan berstatus Jelajah Dunia BWF Super 500 Perodua Malaysia Masters 2019 yang akan berlangsun­g di Axiata Arena itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n US$350,000 (RM2.24 juta). — Bernama

Lee Zii Jia

Pemain perseorang­an negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia