Utusan Borneo (Sarawak)

PBNP ucap selamat maju jaya kepada ‘Mat Don’

-

Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mengucapka­n selamat maju jaya kepada pemain tengah, Liridon Krasniqi sekali gus menamatkan spekulasi bekas tonggak Kedah itu bakal menyarung jersi skuad Tok Gajah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2019.

Mengakui ada perbincang­an lisan antara PBNP dan Liridon sebelum ini, Pengurus Pahang Datuk Mohammed Suffian Awang berkata pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya pemain kelahiran Kosovo berusia 27 tahun itu mengubah fikiran di saat akhir.

Beliau berkata sebagai pemain profesiona­l, Liridon bebas memilih mana-mana pasukan lain selain Pahang yang dirasakan sesuai demi peningkata­n prestasiny­a.

“Tidak timbul soal mungkir janji kerana spekulasi itu pun bermula di laman Instagram. Saya yakin ramai yang melihat hantaran (di Instagram) itu seolah-olah beliau akan hadir ke Pahang, tapi apakan daya beliau ingin memilih pasukan lain demi meneruskan karier di Malaysia.

“Walaupun ada perbincang­an secara lisan, itu terpulang kepada pemain...kalau dia sudah putuskan untuk bermain dengan kelab lain, itu hasrat dia dan kita ucapkan selamat maju jaya kepada beliau di kelab itu nanti,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Menandatan­gani Perjanjian Penajaan bersama Al-Ikhsan Sports di sini, semalam.

Liridon yang diberi jolokan ‘ Mat Don’ sebelum ini dikaitkan dengan pasukan Pahang selepas beliau memuat naik gambar seekor gajah di laman Instagram miliknya pada Rabu lepas.

Bagaimanpu­n, timbul spekulasi baharu apabila pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik gambar bersama bekas bintang Kedah itu, semalam.

Sementara itu, ketua juru- latih Pahang Dollah Salleh mengakui menerima makluman mengenai perkembang­an terbaharu Liridon itu dan sedang berusaha mengenal pasti beberapa pemain import lain untuk didaftarka­n sebelum bermula saingan Liga Super bulan depan.

“Macam yang hangat diper- katakan semalam, kita dapat tahu Mat Don dah pergi ke JDT dan itu yang saya tahu setakat ini. Kita masih ada beberapa calon lain dalam pemerhatia­n dan akan berusaha secepat mungkin melengkapk­an senarai penuh pemain sebelum bermula Liga Super,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JERSI BAHARU: Pemain Pasukan Pahang (dari kiri) Muhd Safuan Baharuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Matthew Davies, Muhd Nor Azam Abdul Azih dan Mohamadou Sumareh menggayaka­n baju Pahang yang ditaja oleh jenama Umbro selepas majlis pertukaran perjanjian tajaan Al-Ikhsan Sport menerusi jenama Umbro di Al-Ikhsan Sports, Suria KLCC, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama JERSI BAHARU: Pemain Pasukan Pahang (dari kiri) Muhd Safuan Baharuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Matthew Davies, Muhd Nor Azam Abdul Azih dan Mohamadou Sumareh menggayaka­n baju Pahang yang ditaja oleh jenama Umbro selepas majlis pertukaran perjanjian tajaan Al-Ikhsan Sport menerusi jenama Umbro di Al-Ikhsan Sports, Suria KLCC, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia