Utusan Borneo (Sarawak)

40 anggota RELA Miri sertai karaoke sempena TBC

-

SEKITAR 40 anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) Miri telah menyertai pertanding­an karaoke sempena Tahun Baharu Cina 2019, di Miri petang kelmarin.

Pertanding­an anjuran RELA Miri itu berlangsun­g di tingkat tiga pusat belibelah Boulevard dan dirasmikan Mejar Jeneral Kehormat RELA Miri Chin Yuen Lee.

Chin dalam ucapannya memberitah­u, beliau menghargai setiap sumbangan dari segi tenaga dan semangat kerjasama yang telah diberikan anggota RELA.

“RELA telah banyak membantu bukan sahaja mengadakan rondaan untuk memastikan keselamata­n di kawasan perumahan, tetapi turut membantu ketika berlakunya kecemasan atau bencana alam seperti kebakaran dan banjir.

“Justeru itu, komitmen tinggi dan sentiasa turun padang untuk melaksanak­an tugas anda dan taat setia anda berbakti kepada masyarakat sebagai anggota RELA amat dihargai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan masyarakat setempat khususnya golongan belia untuk menyertai RELA.

“Ini adalah antara cara kita untuk bekerjasam­a dan memberi sokongan kepada pasukan seragam dalam menjaga keselamata­n di setiap kawasan perumahan masing-masing.

“Malah kita masih mempunyai pakaian seragam RELA yang pernah disumbangk­an Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan) melalui peruntukan yang disediakan kepada RELA Sarawak dulu,” tambahnya

Hadir sama ialah Pegawai RELA Daerah Mir Mohamad Afizi Salam serta tetamu kehormat yang lain

 ??  ??
 ??  ?? BERMULA: Para tetamu kehormat melakukan simbolik perasmian pertanding­an karaoke sempena Tahun Baharu Cina 2019 di Miri, kelmarin.
BERMULA: Para tetamu kehormat melakukan simbolik perasmian pertanding­an karaoke sempena Tahun Baharu Cina 2019 di Miri, kelmarin.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Afizi mewakili RELA Miri menyampaik­an cenderamat­a kepada Chin.
PENGHARGAA­N: Afizi mewakili RELA Miri menyampaik­an cenderamat­a kepada Chin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia