Utusan Borneo (Sarawak)

‘Game Of Thrones’ ditayangka­n di Malaysia bermula 15 April

-

RANGKAIAN HBO baru-baru ini telah mengumumka­n 14 April 2019 sebagai tarikh tayangan perdana drama bersirinya yang ditunggu-tunggu dan telah memenangi banyak anugerah, ‘Game of Thrones’.

Ini bermakna siri kelapan dan terakhir dengan enam episod itu akan dapat dinikmati oleh peminat di Malaysia bermula jam 9 pagi pada 15 April iaitu tarikh dan waktu yang sama ia akan ditayangka­n di Amerika Syarikat.

Drama aksi fantasi ini boleh ditonton secara eksklusif di Astro menerusi HBO saluran 411 dan 431 (HD) selain turut dapat ditonton di HBO On Demand.

HBO turut mengeluark­an satu sedutan (teaser) baharu yang dipanggil ‘Crypts of Winterfell’ yang menunjukka­n Jon Snow bersama Arya dan Sansa di bilik bawah istana Winterfell.

Sedutan baharu yang diarahkan oleh David Nutter yang pernah memenangi Anugerah Emmy pada tahun 2015 untuk satu episod berjudul ‘Mother’s Mercy’ dalam musim kelima siri itu turut menyelitka­n skor asal oleh Ramin Djawadi, yang turut memenangi Emmy pada 2018 untuk skornya dalam finale musim ketujuh, ‘The Dragon and the Wolf’.

‘Game of Thrones’ ialah drama khayalan dicipta oleh David Benioff dan D.B. Weiss berdasarka­n siri novel ‘A Song of Ice and Fire’ oleh George R. R. Martin yang mengisahka­n beberapa keluarga dari jajahan berbeza berhasrat menduduki Iron Throne.

Peminat setia siri boleh menonton kesemua musim lalu ‘Game of Thrones’ setiap hari bermula 26 Februari ini di HBO (Astro 411/431 HD).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia