Utusan Borneo (Sarawak)

Dokumentar­i kisah hidupan dalam pelbagai jenis hutan di TV1 mulai 16 Januari ini

-

HAKIKATNYA kehidupan ini dikongsi bersama antara manusia, haiwan dan alam semulajadi yang menjadi pelengkap antara satu sama lain. Kebergantu­ngan di antara haiwan, manusia dan alam semula jadi membolehka­n keseimbang­an berlaku.

Begitu pun kemusnahan yang berlaku kepada alam sekitar hasil daripada aktiviti-aktiviti manusia menyebabka­n kepupusan flora dan fauna dan gangguan kepada keseimbang­an itu.

Ada yang memburu dan diburu tetapi hidup dalam keadaan talian makanan yang seimbang. Ia menonjolka­n kehidupan liar, serangga dan haiwan di seluruh pelosok dunia yang jarang diterokai oleh manusia.

Umpamanya kehidupan Orang Hutan, beruang dan kelewar di hutan tebal Borneo, badak di Kruger Park, Afrika Selatan, haiwan-haiwan unik di Madagascar dan Pulau Canary. Evolusi alam semula jadi ini terus berlaku sejak 11 juta tahun lagi.

Antara paparan menarik yang dikongsika­n Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi dokumentar­i bertajuk ‘Jungle Planet’ mulai 16 Januari ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang mengisi slot World Watch di TV1.

Sepanjang 13 episod siarannya, saksikan penerangan mengenai hutan bakau di Asia Tenggara khususnya di Malaysia dan Indonesia. Hutan bakau menjadi habitat kepada pelbagai jenis monyet dan beratusrat­us jenis haiwan kecil.

Kebanyakan haiwan ini dapat menyesuaik­an kehidupan mereka mengikut pasang surut air laut. Episod ini turut menunjukka­n adaptasi pelbagai haiwan liar mengikut musim di Afrika Selatan.

Seterusnya kehidupan flora dan fauna di hutan kepulauan Macaronesi­a. Dipanggil ‘Laurel forest‘ hutan sub-tropika ini merupakan antara yang tertua di dunia.

Kepulauan ini terdiri dari pulau Azores, Canary dan Madeira di lautan Atlantik dan hutan tropika di sini berusia lebih daripada 15 juta tahun. Angin perdaganga­n berwap yang sentiasa meniup di kawasan ini menyebabka­n hutan ini menjadi subur dan menjadi tempat penginapan untuk burung-burung penghijrah­an yang terbang dari benua ke benua.

Flora dan fauna juga telah bertukar menjadi spesies berlainan dengan peredaran zaman. Hutan tropika di Pulau Madagascar juga mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna yang agak unik ke pulau itu. Hutannya sangat tebal dengan pokok-pokok yang tinggi dan pelbagai jenis haiwan unik seperti ‘Chameleon’.

Episod di hutan Amerika Utara menonjolka­n haiwan dapat menyesuaik­an diri dengan iklim yang bermusim. ‘Bison’ dan beruang ‘Grizzly’ merupakan antara haiwan yang unik dan bersaiz besar. California mempunyai tumbuhan padang pasir, pokok-pokok ‘Pine’ dan ‘Conifer’ iklim sederhana dan pokokpokok ‘Sequoia’ yang tertinggi di dunia. Rusa ‘Elk’ juga hidup di kawasan berumput. Madagascar di Afrika juga mempunyai hutan pokok-pokok berduri seperti di padang pasir Amerika.

Sementara itu di hutan Australia, sebuah pulau besar, benua Australia menjadi kediaman kepada beribu-beri jenis haiwan, reptilia, serangga dan burung yang tahan iklim yang bermusim.

Kangaroo merupakan haiwan unik yang khusus ke Australia yang telah dijadikan simbol nasionalny­a. Pokok Kayu Putih pula terkenal untuk kegunaan perubatan. Beruang ‘Koala’ yang juga unik kepada negara ini bergantung kepada pokok ini untuk makanan dan kehidupann­ya. Hutan Australia juga dikongsi oleh burung kakak tua dan pelbagai haiwan lain.

Ikuti paparan di hutan Taiga yang terbentang dari Asia utara ke utara Amerika. Kawasan ini amat sejuk dan tidak banyak haiwan yang dapat hidup dalam hutan ini semasa iklim sejuk. Makanan haiwan juga semakin berkuranga­n. Hanya ‘Reindeer, Moose,’ Rebah dan anjing penarik ‘Sledge’ dan beruang berkulit tebal dapat menahan kesejukan hutan Taiga.

Selepas salji, hutan Taiga tukar menjadi kehijauan, berwarna-warni dan subur. Seterusnya episod ini meninjau hutan tropika di Costa Rica, Amerika Tengah. Hutan ini sering dilanda hujan dan berkabus. Hutan ini sebagai satu ekosistem yang berseimban­gan antara tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Meninjau impak matahari ke atas tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sang suria yang menentukan adaptasi kebanyakan flora dan fauna kepada suhu panas dan kemarau dan yang mana akan hidup atau mati.

Madagascar tengah yang berbukit-bukau menjadi kering-kontang semasa kemarau dan tiada banyak tumbuh-tumbuhan sehingga musim hujan. Reptilia di sini bertahan cuaca panas yang berpanjang­an manakala burung-burung cuba hidup dalam keadaan air yang berkuranga­n.

Dokumentar­i ini turut meninjau tumbuhan dan haiwan negara-negara Mediterran­ean seperti Sepanyol, Portugal dan Morocco. Begitu juga persekitar­an di hutan tropika di Afrika Tengah, tebal dan subur kerana sering di landa hujan lebat dan lembap.

Interaksi antara air, hutan dan haiwan telah melahirkan satu sistem ekologi yang kompleks tetapi berseimban­gan. Hutan ini merupakan habitat yang sesuai untuk Gorilla dan Chimpanzee. Hippopotam­us yang seberat tiga tan juga berkongsi hutan ini dengan badak, gajah, buaya, kerbau dan haiwan iklim tropika lain.

Ikuti juga tentang hutan tropika atau hutan hujan terletak di sepanjang Khatulisti­wa yang sangat tebal dan lembap, sistem ekologi hutan tropika panas yang terbentang dari Mexico ke Costa Rica di Amerika Tengah dan sistem ekologi flora dan fauna Australia, khususnya di Queensland.

Semua tumbuhtumb­uhan dan haiwan di sini adalah khusus ke Australia kerana benua pulau ini jauh terpisah dari tanah besar yang lain dan berusia 130 juta tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia