Utusan Borneo (Sarawak)

Polis China mula siasat kes vaksin polio tamat tempoh

-

Polis di wilayah timur Jiangsu di China telah memulakan siasatan selepas sekurang- kurangnya 145 kanak-kanak menerima vaksin polio yang telah tamat tempoh, lapor Global Times pada Isnin – satu pukulan baharu terhadap sektor yang dilanda satu siri skandal pada tahun lepas.

Penduduk, termasuk ibu bapa kanak- kanak, menghalang lalu lintas dan menjejaska­n ketenteram­an awam ketika mereka berkumpul d luar pejabat daerah Jinhu pada Jumaat lepas, menurut akhbar, yang diterbitka­n oleh akhbar pemerintah Parti Komunis, People’s Daily.

Tiga orang telah ditahan menurut polis dalam satu kenyataan.

Vaksin tersebut telah diberikan pada 7 Januari, meskipun tarikh luputnya pada 11 Disember, kata akhbar, sambi menambah bahawa pihak berkuasa kerajaan tempatan telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas bag menyiasat perkara tersebut Ia menyatakan 17 orang telah dihukum.

China, telah beberapa kal berjanji untuk bertindak terhadap beberapa syarikat dan pegawai yang terlibat dalam skandal makanan dan ubat-ubatan, pada Ahad berkata keselamata­n makanan dan kesihatan akan menjad keutamaan penting dalam kempen antirasuah­nya pada tahun ini.

Pembuat vaksin China Changsheng Bio-technology Co Ltd, terlibat dalam satu skandal pada tahun lepas selepas ia didapati telah memalsukan data untuk vaksin rabies. Ia berdepan hukuman denda berjumlah 9.1 bilion yuan. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia