Utusan Borneo (Sarawak)

Kira-kira 2,000 menyertai Forum Pelanconga­n ASEAN di Vietnam

-

Kira- kira 2,000 delegasi dari ASEAN dijangka menyertai Forum Pelanconga­n ASEAN (ATF) selama lima hari bermula Isnin, di wilayah Quang Ninh, lapor agensi berita Vietnam memetik pihak penganjur.

Bertemakan ‘ASEAN - The Power of One’, ia bertujuan merealisas­ikan hala tuju kerjasama yang telah ditetapkan oleh 10 negara anggota, ke arah ‘Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti’.

Forum tahunan itu disertai wakil dari agensi pelanconga­n ASEAN, Pertubuhan Pelanconga­n Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertubuhan pelanconga­n antarabang­sa, persatuan, perniagaan dan agensi media.

Mesyuarat menteri-menteri pelanconga­n ASEAN serta mesyuarat bersama negara rakan kongsi dijadual pada 17-18 Januari, kata penganjur.

Forum akan menumpukan isu pelanconga­n merangkumi pembanguna­n sumber manusia, peningkata­n daya saing, pembanguna­n yang mampan dan inklusif, keselamata­n serta perubahan iklim.

Pertama kali diadakan pada 1981, ATF, satu usaha serantau bagi mempromosi­kan ASEAN sebagai destinasi pelanconga­n.

ATF juga menyediaka­n platform untuk mengetenga­hkan produk pelanconga­n apabila 346 pempamer dari negara ASEAN, Asia, Eropah, Amerika, Timur Tengah dan Afrika turut mengambil bahagian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia