Utusan Borneo (Sarawak)

Pompeo dijangka desak Arab Saudi berhubung pembunuhan Khashogg

-

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo pada Ahad tiba di Riyadh, di mana beliau dijangka akan mendesak Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk menahan pembunuh wartawan Jamal Khashoggi.

Diplomat kanan AS itu, dalam satu lawatan menyeluruh ke Timur Tengah, memulakan kunjungan sensitif kedua dari segi politik ke Arab Saudi sejak pembunuhan Khashoggi di dalam konsulatny­a di Istanbul mencetuska­n bantahan antarabang­sa.

“Kami akan meneruskan perbualan dengan putera mahkota dan Arab Saudi dalam memastikan akauntabil­iti adalah penuh dan lengkap berhubung dengan pembunuhan Jamal Khashoggi yang tidak boleh diterima,” Pompeo memberitah­u wartawan di Qatar, sebelum pergi ke bandar utama Arab Saudi itu.

“Kami akan memastikan kami mempunyai semua fakta supaya mereka dipertangg­ungjawabka­n, pastinya oleh Arab Saudi dan oleh AS juga.”

Selepas mendarat di Riyadh, Pompeo mendesak Arab Saudi untuk meneruskan siasatanny­a, dalam rundingan dengan Adel al-Jubeir, menteri negara bagi hal ehwal asing, dan Duta Arab ke Washington, Putera Khalid bin Salman.

Khashoggi, seorang penyumbang Washington Post, dibunuh pada 2 Oktober dalam apa yang menurut Arab Saudi adalah satu operasi “penyangak”, memberikan kerajaan salah satu krisis diplomatik terburukny­a dan kemudian menjejaska­n hubungan antara Riyadh dan Washington.

Kunjungan Pompeo ke Arab Saudi, di mana beliau akan disambut oleh Putera Mahkota Mohammed, sebagai sebahagian daripada lawatan selama lapan hari ke Amman, Kaherah, Manama, Abu Dhabi, Doha, Riyadh, Muscat, dan akhirnya bandar Kuwait.

Presiden AS Donald Trump telah menepis kemarahan antarabang­sa untuk mempertaha­nkan Putera Mahkota Mohammed dalam kes pembunuhan Khashoggi, yang mayatnya telah dimusnahka­n di dalam konsulat terbabit.

Sokonganny­a muncul di sebalik kesimpulan yang dilaporkan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) bahawa Putera Mahkota Mohammed kemungkina­n telah mengarahka­n pembunuhan itu.

Pendakwa raya Riyadh telah mengumumka­n pendakwaan rasmi terhadap 11 orang dan menuntut hukuman mati terhadap lima daripada mereka. Namun Putera Mahkota Mohammed, yang pembantu kanannya kemungkina­n terlibat dalam pembunuhan, telah dibebaskan dari tuduhan oleh pendakwa raya.

Dalam satu kunjungan sebelum ini ke Riyadh bagi hal ehwal Khashoggi, senyuman lebar Pompeo dengan putera mahkota menimbulka­n kemarahan sesetengah rakyat AS.

Bagaimanap­un, Trump telah menyatakan bahawa Washington mahu mengekalka­n pakatan dengan kerajaan yang kaya dengan minyak itu, yang beliau lihat sebagai benteng berdepan musuh biasa Iran dan pembeli senjata AS.

Kumpulan hak asasi menyeru kepada Pompeo untuk turut menekan Putera Mahkota Mohammed kerana telah memenjarak­an aktivis wanita di negara itu, di sebalik dakwaan bahawa sebahagian daripada mereka berdepan gangguan seksual dan seksaan semasa soal siasat.

“Saya telah dikejutkan dengan apa yang tidak termasuk dalam itinerari Pompeo: aktivis wanita yang berani di Arab Saudi, yang telah ditahan di penjara negara kerana mahu mendapatka­n hak dan maruah,” Alia al- Hathloul menulis dalam The New York Times pada Ahad.

Adik perempuan Hathloul, Loujain, adalah di antara lebih 12 aktivis yang ditahan pada Mei lepas – hanya sebelum penarikan balik bersejarah bagi pengharama­n selama beberapa dekad di Arab Saudi terhadap pemandu wanita.

Pompeo menemui amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani semasa lawatannya ke Doha, di mana beliau menolak untuk memberi komen mengenai laporan bahawa Washington baru- baru ini mempertimb­angkan tindakan ketenteraa­n terhadap Tehran.

Beliau turut menyeru kepada Qatar dan negara Teluk yang lain agar menamatkan kemelut politik terburuk di wilayah selama beberapa tahun, yang telah melihat Doha secara diplomatik dan ekonomi dipinggirk­an oleh bekas sekutu jiran selama 19 bulan lepas.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir – semuanya sekutu AS – me- mutuskan hubungan dengan Qatar pada 2017, menuduh ia menyokong kumpulan pengganas dan menjalin hubungan rapat dengan musuh ketat Arab, Iran.

Qatar – juga sekutu AS – menafikan tuduhan itu dan menuduh negara-negara tersebut mahukan perubahan rejim.

 ??  ??
 ?? — Gambar AF ?? MESRA: Pompeo (kiri) bertemu dengan al-Jubeir setibanya di Riyadh, semasa lawatan menyeluruh ke Timur Tengah, pada Ahad.
— Gambar AF MESRA: Pompeo (kiri) bertemu dengan al-Jubeir setibanya di Riyadh, semasa lawatan menyeluruh ke Timur Tengah, pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia