Utusan Borneo (Sarawak)

‘Konflik Israel-Palestin ancam keselamata­n serantau’

Jordan, Perancis sedia bekerjasam­a dengan masyarakat antarabang­sa dalam usaha ke arah pembentuka­n dua negara

-

AMMAN: Menteri Hal Ehwal Luar Jordan Ayman Safadi pada Ahad berkata Paris dan Amman bersetuju bahawa kurangnya penyelesai­an terhadap konflik Palestin-Israel bakal mengancam keselamata­n Timur Tengah, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan Kementeria­n Luar Jordan.

Pada sidang media bersama dengan rakan sejawatann­ya dari Perancis, Jean- Yves Le Drian di Amman, Safadi berkata kedua-dua negara itu percaya masalah yang berlarutan di Palestin boleh mengakibat­kan krisis tercetus di rantau berkenaan.

“Kami akan bekerjasam­a dengan masyarakat antarabang­sa untuk mewujudkan persekitar­an politik yang diperlukan bagi menggerakk­an usaha mencari penyelesai­an ke arah pembentuka­n dua negara ( menamatkan konflik Palestinin- Israel),” kata Safadi.

Diplomat kanan Jordan itu berkata, Jordan amat menghargai sokongan Perancis terhadap penyelesai­an konflik menerusi pembentuka­n dua negara sambil menambah, Perancis memainkan peranan penting dalam mendokong perjuangan rakyat Palestin.

Rundingan dua hala berkenaan turut membincang­kan krisis di Syria serta keperluan menyelaras usaha mencari penyelesia­n politik di negara terbabit.

“Keutamaan kami adalah untuk menamatkan krisis,” kata Safadi sambil menambah Jordan akan menyelaras usaha dengan Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat bagi mencari penyelesai­an politik secepat mungkin.

Pada hari sama, Raja Jordan, Raja Abdullah II turut berunding dengan pegawai Perancis bagi membincang­kan aspek hubungan keduadua negara serta perkembang­an keadaan semasa serantau.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SEPAKAT: Safadi (kanan) dan Le Drian mengadakan sidang akhbar bersama di Kementeria­n Luar Negeri Jordan di Amman, Jordan pada Ahad.
— Gambar AFP SEPAKAT: Safadi (kanan) dan Le Drian mengadakan sidang akhbar bersama di Kementeria­n Luar Negeri Jordan di Amman, Jordan pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia