Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas militan Itali Battisti diekstradi­si dari Bolivia

-

SANTA CRUZ DE LA SIERRA: Bekas militan Cesare Battisti telah diserahkan kepada pihak berkuasa Itali dan menaiki sebuah pesawat menuju ke Rom pada Ahad selepas skuad polis antarabang­sa mengesan dia dan menahannya di Bolivia, di mana dia sedang melarikan diri.

Pesawat itu meninggalk­an Lapangan Terbang Antarabang­sa Santa Cruz di Bolivia sejurus sebelum jam 5 petang waktu tempatan selepas pihak berkuasa tempatan menyerahka­n pelarian berusia 64 tahun itu kepada rakan setugas mereka di Itali.

“Pesawat yang membawa Battisti baharu sahaja berlepas ke Itali. Saya berasa bangga dan gembira,” kata Menteri Dalam Negeri Itali Matteo Salvini dalam Twitter.

Battisti ditangkap di Santa Cruz pada lewat Sabtu lepas dalam operasi yang dijalankan oleh sebuah pasukan gabungan terdiri daripada pegawai Itali dan Bolivia dengan bantuan bahagian pencegah keganasan di Itali, menurut polis Itali.

Dia telah berada dalam buruan selama hampir empat dekad.

Dipenjarak­an pada 1979 kerana menyertai kumpulan pengganas Armed Proletaria­ns for Communism, Battisti berada dalam buruan sejak meloloskan diri dari penjara pada 1981 dan telah disabitkan tanpa kehadirann­ya untuk empat pembunuhan di Itali pada tahun 1970-an.

Itali telah beberapa kali cuba mendapatka­n ekstradisi bagi Battisti, yang tinggal di Brazil selama beberapa tahun di bawah perlindung­an bekas presiden haluan kiri Luiz Inacio Lula da Silva (20032010), yang dia sendiri ditahan di penjara bagi kesalahan rasuah.

Ketika dia ditahan, Battisti menyerah tanpa melawan selepas dilaporkan telah ditangkap menyamar dengan janggut dan misai palsu, kata sumber kementeria­n dalam negeri Itali.

“Saya baharu lepas bercakap dengan Presiden Brazil Jair Bolsonaro melalui panggilan telefon. Saya mahu berterima kasih kepada beliau bagi pihak seluruh kerajaan Itali untuk kerjasama yang efektif yang membawa kepada penahanan Battisti,” kata Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte dalam Facebook.

Semasa kempen presiden yang terbaharu di Brazil, Bolsonaro dari pihak haluan kanan – yang memegang jawatan pada 1 Januari – berjanji bahawa sekiranya dilantik beliau akan “segera” mengekstra­disi Battisti ke Itali.

Pada pertengaha­n Disember bekas presiden Brazil, Michel Temer, telah menandatan­gani satu dekri ekstradisi bagi Battisti selepas seorang hakim mengarahka­n penahanann­ya. Pada masa itu bekas militan Itali terbabit telah hilang dan berada dalam buruan.

“Battisti telah ditangkap di jalan raya, tidak bersenjata dan tidak melawan, memberi respons kepada polis dalam ba- hasa Portugis dan menunjukka­n satu dokumen dari Brazi mengesahka­n identitiny­a,” menurut seorang sumber kementeria­n Itali. “Sekarang Itali sedang menunggu dia.”

Wakil Itali ke Brazil memuatkan kenyataan gembira dalam Twitter sebaik sahaja mendengar berita tersebut.

“Battisti telah ditangkap Demokrasi adalah lebih kuat berbanding keganasan!” tulis Duta Antonio Bernardini.

Menurut sumber kerajaan Itali, Battisti telah dikesan “dengan kepastian” di Santa Cruz pada minggu lepas dan satu operasi telah disediakan bersama pihak berkuasa tempatan.

Satu pasukan Interpol telah menyasarka­n pencarian mereka di Santa Cruz sebelum Krismas, menjejaki pelarian Itali itu di beberapa kawasan kejiranan di bandar ini, menurut akhbar.

Battisti telah memfailkan bagi perlindung­an suaka tanpa menerima sebarang respons daripada pihak berkuasa, menurut ombudsman di Bolivia dalam satu artikel yang disiarkan dalam akhbar tempatan E Deber de Santa Cruz.

Dia telah berharap untuk mendapat perhatian dar pemimpin sayap kiri Bolivia Presiden Evo Morales selepas menyatakan dalam permohonan suakanya bahawa dia dipaksa untuk meninggalk­an Brazil disebabkan oleh “kebetulan besar” bahawa Ital dan Brazil sedang ditadbir oleh kerajaan “haluan kanan”.

Salvini mengucapka­n terima kasih kepada polis Itali dan luar negara yang menangkap “seorang pesalah undangunda­ng yang tidak layak bag kehidupan lebih baik di atas pantai, dan seharusnya menghabisk­an baki hari-harinya d dalam penjara.

 ??  ?? BATTISTI
BATTISTI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia