Utusan Borneo (Sarawak)

PBB alu-alukan kemajuan proses pertukaran nama negara Macedonia

-

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalu-alukan keputusan parlimen negara bekas Yugoslavia, Republik Macedonia (FYROM) mengesahka­n perjanjian dengan Greece untuk menggunaka­n nama baharu negara itu, lapor UN News pada Ahad.

Wakil Khas kepada Setiausaha Agung PBB, Matthew Nimetz, mengalungk­an ucapan tahniah kepada parli- men FYROM dan rakyat negara itu, yang meluluskan perubahan nama dalam pungutan suara yang dilangsung­kan pada September 2018.

“Perjanjian bersejarah antara dua jiran ini merintis jalan hubungan baharu antara mereka dan menjadi asas yang lebih kukuh untuk keamanan dan keselamata­n di rantau Balkan,” katanya.

“Saya berharap proses ini dapat disempurna­kan lagi sejajar dengan apa yang dinyatakan dalam perjanjian berkenaan.”

Menurut agensi berita Xinhua, Nimetz berkata, PBB terus komited untuk bekerja dengan kedua-dua belah pihak bagi menyelesai­kan perbalahan antara mereka.

“Untuk membolehka­n FYROM dinamakan semula sebagai Republik Macedonia Utara, parlimen Greek perlu mengundi untuk mengesah- kan perjanjian berkenaan.”

Bagaimanap­un pada Ahad, isu berkenaan mencetuska­n krisis dalam kerajaan Greek selepas kerajaan campuran Greece berbalah mengenai perubahan nama itu.

Menteri Pertahanan Greece, Panos Kammenos, yang memimpin parti kecil dalam kerajaan perikatan itu, membantah perjanjian mengenai nama berkenaan dan meletak jawatan.

Perdana Menteri Alexis Tsipras pula mengumumka­n langkah untuk menjalanka­n undi keyakinan terhadap kerajaan pada Rabu ini.

Perbalahan tercetus sejak 1991, apabila FYROM mengisytih­arkan merdeka dari Yugoslavia dan mengumumka­n hasratnya untuk dinamakan sebagai Macedonia.

Greece yang berjiran, enggan mengiktira­f nama itu kerana mendakwa ada sebuah wilayah di utara Greece dikenali sebaga Macedonia dan menganggap tindakan FYROM mencabar kedaulatan Greek.

Pada Jun lalu, Greece dan FYROM memeterai perjanjian mengubah nama daripada FYROM kepada Republik Macedonia Utara.

Sebagai tukaran, Greece akan menarik balik bantahan terhadap penyertaan mereka untuk menyertai NATO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia