Utusan Borneo (Sarawak)

ACG akan bina kilang pembuatan silinder LPG pertama di Malaysia

-

Astana City Group Sdn Bhd (ACG) akan membina kilang membuat silinder komposit gas petroleum cecair (LPG) pertama di Malaysia yang akan menjadi hab pengeluara­n untuk dieksport ke Asia.

Pengarah Urusan Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman berkata pembinaan kilang bernilai RM100 juta itu dijangka bermula Mei ini.

“Pembinaan kilang itu akan menjadi fasa pertama syarikat bagi tempoh lima tahun ini.

“Bagi fasa kedua pula, ACG akan membangunk­an hab penyimpana­n LPG berkapasit­i 60,000 tan metrik sehingga 180,000 tan metrik di Melaka bagi memenuhi rancangan jangka panjang syarikat,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran produk silinder komposit LPG 14kg di sini semalam.

Nik Mohd Fareez berkata produk baharu itu akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat untuk jenis silinder LPG yang ingin digunakan.

Produk tersebut merupakan hasil kerjasama strategik antara ACG dengan syarikat dari Korea Selatan, Hyundai BS&E Co. Ltd.

Katanya, ACG merupakan operator ketujuh yang akan terlibat dalam pemasaran LPG ke Malaysia dan syarikat tersebut telah diberikan subsidi pengendali­an LPG oleh Kementeria­n Kewangan pada November 2018.

Teknologi Silinder Komposit LPG yang diperkenal­kan itu menawarkan banyak faedah kepada pengguna.

“Penekanan kepada aspek keselamata­n pengguna adalah ciri yang paling diutamakan. Ia juga mempunyai ciri keselamata­n yang membantu mengelakka­n penyelewen­gan subsidi dan penyeludup­an silinder LPG,” katanya.

Dengan keistimewa­an tiada risiko meletup, ringan dan mudah diangkat, pengguna juga boleh melihat isi padu kandungan LPG dan ciri-ciri tambahan lain dengan lebih baik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia