Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri Singapura berharap hubungan dengan Malaysia kembali ke landasan

-

Singapura berkongsi hasrat yang sama dengan Malaysia untuk membawa hubungan dua hala kembali ke landasan supaya pelbagai projek yang baik boleh menjadi kenyataan, kata Menteri Pengangkut­an Singapura, Khaw Boon Wan.

Pagi semalam, Khaw bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berada di sini sejak kelmarin untuk lawatan dua hala walaupun penangguha­n mesyuarat ke-14 Jawatankua­sa Bersama Peringkat Menteri (JMC) untuk Iskandar Malaysia, yang pada asalnya dijadualka­n semalam.

Selain Khaw, Azmin juga bertemu Menteri Pembanguna­n Negara Singapura, Lawrence Wong pagi ini dan Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishn­an petang semalam untuk membincang­kan pelbagai isu dua hala antara Malaysia dan Singapura.

Khaw menamakan Sistem Transit Rapid antara Woodlands dan Johor Bahru sebagai salah satu projek yang, jika direalisas­ikan, akan memberi faedah kepada rakyat keduadua negara.

“Begitu banyak masa yang dibazirkan oleh ramai pekerja Malaysia di Tambak Johor, setiap hari! Penduduk Woodlands juga ingin melihat kesesakan di Tambak Johor diatasi,” katanya dalam kemaskini Facebook beliau yang diiringi dua foto dengan Mohamed Azmin.

Khaw menulis bahawa beliau dan Mohamed Azmin berbincang mengenai projek bersama negara, kereta api laju yang tertunda antara Kuala Lumpur dan Singapura.

“Beliau menyedari mengenai pertikaian yang tidak perlu di Tuas dan Seletar,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Wong, yang sepatutnya mempengeru­sikan JMC mengenai Iskandar Malaysia dengan Mohamed Azmin berkata, beliau gembira kerana Mohamed Azmin meneruskan lawatannya ke Singapura dan membincang­kan cara untuk meletakkan hubungan dua hala di landasan.

“JMC telah bertemu lebih daripada 10 tahun dan telah menyelia banyak projek, ter- masuk pelaburan bersama dan promosi pelanconga­n,” kata Wong dalam laman Facebookny­a yang turut disertai dua foto dengan Mohamed Azmin.

“Projek- projek ini menguntung­kan kedua-dua negara kerana ekonomi kita saling berkaitan dan sangat bergantung antara satu sama lain. Itulah sebabnya kami berdua inginkan hubungan dua hala yang baik dan stabil, supaya kedua-dua pihak dapat melakukan lebih banyak secara bersama untuk memacu pembanguna­n dan kejayaan masing-masing,” tulisnya lagi.

Singapura dan Malaysia sedang dalam proses menyelesai­kan perselisih­an maritim di Tuas serta isu-isu ruang udara Pasir Gudang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia