Utusan Borneo (Sarawak)

Daya saing Malaysia tidak akan terjejas kepada Vietnam: MTEM

-

Daya saing Malaysia tidak akan terjejas kepada Vietnam walaupun ia tidak meratifika­si Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP).

Penyelidik Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Effuan Aswadi Abdul Wahab berkata, belum ada bukti bahawa sesebuah negara akan menerima peningkata­n dalam pelaburan selepas ia menandatan­gani perjanjian perdaganga­n bebas (FTA).

“Dikatakan banyak syarikat, terutamany­a syarikatsy­arikat pembuatan akan berpindah ke Vietnam selepas negara itu meratifika­si CPTPP memandangk­an perjanjian perdaganga­n itu dilihat sebagai pembuka pintu kepada sesebuah syarikat untuk memasuki negara-negara FTA.

“Ini tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pelabur biasanya akan melihat kepada pelbagai faktor, termasuk kestabilan politik, pekerja mahir, infrastruk­tur yang lebih baik dan undangunda­ng sedia ada, sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

“Pelabur sudah tentu akan melihat ke dalam dasar ekonomi Malaysia sebelum mereka membuat sebarang keputusan pelaburan dan adanya jami- nan bahawa polisi Malaysia tidak akan berubah-ubah.

“Mereka juga akan mengkaji sejauh mana undangunda­ng akan dikuatkuas­akan dan sama ada Malaysia mempunyai struktur tadbir urus yang kukuh. Semua perkara- perkara ini tidak memerlukan sebarang FTA untuk ditandatan­gani atau diratifika­sikan,” katanya.

Walaupun tanpa CPTPP Vietnam sentiasa menjad destinasi menarik untuk pelaburan kerana kos pengeluara­n di sana adalah lebih murah.

Pekerja kilang dibayar secara purata sebanyak AS$216 (AS$1 = RM4.09) sebulan dan upah pekerja kilang di negara tersebut adalah yang terendah di Asia.

Mohd Effuan Aswadi yang memetik Laporan Bank Dunia, berkata Vietnam juga mempunyai jumlah tenaga kerja yang paling besar d Asia Tenggara iaitu pada 57.5 juta orang, manakala Malaysia mempunyai kirakira 15.4 juta.

“Digabungka­n dengan kos pengeluara­n yang lebih murah dan angka tenaga buruh yang terbesar, tidak syak lag bahawa Vietnam merupakan tempat yang menarik untuk mana-mana pelabur.

“Ini semua tidak ada kaitan dengan pemeteraia­n CPTPP,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia