Utusan Borneo (Sarawak)

OCBC perkenal aplikasi OCBC OneLook untuk pelanggan iPhone X

-

Pelanggan OCBC Bank ( Malaysia) Bhd yang menggunaka­n iPhone X, kini boleh mengakses aplikasi perbankan mudah alih menggunaka­n biometrik muka, susulan pengenalan aplikasi OCBC OneLook.

Ia membolehka­n pelanggan hanya melihat iPhone X mereka untuk menyemak akaun dan baki kad, selain transaksi terkini. iphone X termasuk model iPhone XS, XS Max dan XR yang baharu dilancarka­n.

“Inovasi ini merupakan sebahagian daripada perjalanan perbankan digital bank secara menyeluruh, susulan pelaksanaa­n pengesahan cap jari OCBC OneTouch sebelum ini.

“Kami sentiasa mengenal pasti kaedah baharu untuk menawarkan pengalaman perbankan hebat yang mudah dan lebih terjamin kepada pelanggan kami,” kata ketua perkhidmat­an kewangan pengguna, Lim Wyson, menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata dengan memanfaatk­an teknologi pengecaman muka Face ID Apple, OCBC membolehka­n pelanggann­ya melakukan perbankan setiap hari di aplikasi perbankan mudah alihnya tanpa perlu menggunaka­n kata laluan atau cap jari.

Mereka kini hanya perlu melihat pada iPhone X, katanya.

Untuk mengakses, pelanggan Perbankan Mudah Alih OCBC hanya perlu menekan ikon OCBC OneLook pada skrin log masuk aplikasi dan melihat telefon mereka untuk mendapatka­n akses. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia