Utusan Borneo (Sarawak)

Pulau Pinang catat pelaburan RM3.8 bilion bagi Jan-Sept 2018

-

Pulau Pinang mencatatka­n pelaburan sebanyak RM3.83 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2018, terdiri daripada RM2.16 bilion dalam pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan domestik sebanyak RM1.67 bilion.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata menurut Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia, Pulau Pinang mencatatka­n FDI pembuatan yang diluluskan yang tertinggi dalam kalangan negeri di Malaysia sebanyak RM8.5 bilion sejak 2017.

“Pulau Pinang telah berkembang dengan pesat sejak awal lagi sebagai pelabuhan perdaganga­n penjajahan dan menjadi ekonomi ketiga terbesar dari segi pendapatan per kapita antara negeri-negeri dan Wilayah Persekutua­n Malaysia.

“Pada 2017, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Pulau Pinang mengatasi tahap nasional sebanyak 18 peratus, berjumlah hampir RM50,000,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Islamic Finance Rendezvous Series (IFRS) 2019 di sini semalam.

IFRS 2019 merupakan pro- gram melibatkan perniagaan anjuran Bank Negara Malaysia, Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia serta Persatuan Takaful Malaysia, dengan kerjasama pelbagai agensi dan persatuan perniagaan.

Chow berkata kerajaan negeri menyedari bank-bank di Malaysia memainkan peranan penting untuk memberi sokongan kepada perniagaan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan menawarkan pelbagai produk kewangan dan perkhidmat­an seperti pembiayaan berjangka, pembiayaan perdaganga­n, overdraf dan kredit pusi- ngan.

Menurut Laporan Tahunan PKS 2017/2018, jumlah pinjaman PKS terkumpul negeri hampir RM4 juta.

“Pulau Pinang antara lima negeri utama dengan jumlah PKS tertinggi, membentuk 7.4 peratus daripada jumlah PKS di Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DENGAR PENERANGAN: Chow (tiga kanan) dan Penolong Gabenor Bank Negara Adnan Zaylani Mohamad Zahid (kanan) melawat pameran semasa IFRS 2019 di George Town, semalam.
— Gambar Bernama DENGAR PENERANGAN: Chow (tiga kanan) dan Penolong Gabenor Bank Negara Adnan Zaylani Mohamad Zahid (kanan) melawat pameran semasa IFRS 2019 di George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia