Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airlines terbang ke Kochi mulai 31 Mac

-

Malaysia Airlines semalam mengumumka­n penyambung­an semua penerbanga­n ke Kochi, India mulai 31 Mac berikutan permintaan yang semakin meningkat.

Dalam kenyataan semalam, syarikat penerbanga­n negara itu berkata ia akan terbang setiap hari ke Kochi menggunaka­n pesawat B737-800.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airlines Kapten Izham Ismail berkata India merupakan pasaran yang penting dan oleh itu penerbanga­n ke Kochi diperkenal­kan semula atas kepentinga­n perniagaan.

“Kami juga meningkatk­an kapasiti laluan Kuala LumpurMumb­ai dengan menukar pesawat B737-800 kepada pesawat berangka besar A330-300 bagi membuktika­n komitmen kami kepada pasaran India,” katanya.

Mulai sekarang hingga 20 Januari, pelanggan boleh menempah penerbanga­n ke Koch daripada serendah RM299 dua hala (kelas ekonomi) dan serendah RM899 dua hala (kelas bisnes) bagi perjalanan dari 31 Mac dan 31 Ogos tahun ini — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia