Utusan Borneo (Sarawak)

Pengeluara­n getah asli naik 1.9% pada Nov 2018

-

Pengeluara­n getah asli Malaysia naik 1.9 peratus kepada 52,174 tan pada November 2018 berbanding 51,209 tan pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Dalam kenyataan semalam, jabatan itu berkata pengeluara­n getah asli pada November, bagaimanap­un, merosot 11.1 peratus pada asas tahun ke tahun.

Katanya simpanan stok getah asli pada November meningkat 2.6 peratus kepada 169,920 tan berbanding 165,550 tan pada Oktober.

Katanya harga purata lateks pekat dicatatkan pada 380.63 sen sekilogram manakala harga purata Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) pada 509.35 sen sekilogram.

“Masing-masing susut 5.2 peratus dan 6.2 peratus berbanding harga purata pada Oktober 2018,” katanya.

Mengenai eksport, katanya eksport getah asli merosot 2.3 peratus bulan ke bulan kepada 52,943 tan pada November. China menjadi destinasi utama, menyumbang 56.9 peratus daripada jumlah eksport.

“Ini diikuti Jerman (11.9 peratus), Finland (4.6 peratus), Iran (tiga peratus) dan Korea Selatan (tiga peratus),” katanya.

Mengenai penggunaan domestik getah asli pada November, jabatan itu berkata ia susut 4.3 peratus kepada 42,834 tan berbanding 44,771 tan pada Oktober.

“Industri sarung tangan getah merupakan pengguna utama dengan 76.4 peratus ( atau 32,744 tan) daripada jumlah penggunaan domestik getah asli,” katanya — Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia