Utusan Borneo (Sarawak)

Anak syarikat Gagasan Nadi Cergas terima LOA RM109.99 juta daripada PHSB

-

Anak syarikat milik penuh Gagasan Nadi Cergas Bhd (GNCB), Nadi Cergas Sdn Bhd, menerima surat lantikan (LOA) daripada Putrajaya Homes Sdn Bhd (PHSB) untuk cadangan pembinaan dan menyiapkan pembanguna­n kediaman awam di Putrajaya, bernilai RM109.99 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia baru-baru ini, GNCB berkata pembanguna­n kediaman itu akan terdiri daripada dua blok 16 tingkat dan pangsapuri 17 tingkat (463 unit), tempat letak kereta 3 tingkat dan blok kemudahan biasa dan kerja-kerja menaik taraf di sebahagian kawasan hijau dan zon penampan di Presint 11, Putrajaya.

Kumpulan itu berkata kontrak tersebut diperoleh susulan jemputan untuk mengambi bahagian dalam tender daripada PHSB pada Ogos 2018.

“Tempoh kontrak itu selama 34 bulan dan dijangka siap pada November 2021,” katanya, sambil menambah ia akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan dari tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia