Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia tambah baik sistem tempahan

-

AirAsia Bhd akan menaik taraf sistem tempahan Naviire New Skies pada hujung minggu ini dalam usahanya untuk menyediaka­n pengalaman dalam talian yang ditambah baik.

Untuk itu, tempahan penerbanga­n menerusi laman web AirAsia, aplikasi mudah alih AirAsia, pejabat jualan AirAsia, kaunter dan pusat panggilann­ya, tidak dibuka dari jam 2 petang pada 19 Jan hingga 3 pagi pada 20 Jan.

“Pelanggan juga tidak dapat melakukan pemeriksaa­n masuk sendiri melalui laman web, aplikasi mudah alih dan kiosk lapangan terbang atau menguruska­n tempahan mereka sehingga proses menaik taraf itu selesai,” kata syarikat penerbanga­n itu dalam satu kenyataan semalam.

Ia berkata semua pelanggan yang akan terbang sepanjang tempoh itu dinasihatk­an supaya mendaftar masuk secara dalam talian sebelum tempoh menaik taraf itu serta mencetak pas masuk atau menggunaka­n pas E-Boarding jika tersedia.

Daftar masuk menerusi web dan mudah alih boleh dilakukan 14 hari sebelum berlepas untuk semua penerbanga­n AirAsia dan AirAsia X. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia