Utusan Borneo (Sarawak)

Kami ada kapasiti dan sumber, kata Muhyiddin

PH mampu membangunk­an Cameron Highlands lebih daripada pusat pelanconga­n jika menang PRK

-

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan ( PH) berkeupaya­an membangunk­an Cameron Highlands lebih daripada pusat pelanconga­n sekiranya memenangi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen itu pada 26 Jan ini, kata Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kami mempunyai kapasiti dan sumber untuk membangunk­an kawasan itu berbanding sekarang,” kata Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, dalam sidang media selepas menyampaik­an Amanat Tahun Baharu 2019 kementeria­nnya di sini semalam.

PRK itu akan menyaksika­n pertanding­an empat penjuru antara Timbalan Pengerusi DAP Pahang M. Manogaran, 60; yang mewakili PH, bekas pegawai kanan polis Ramli Mohd Nor, 61; daripada Barisan Nasional (BN) dan bekas pensyarah Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61; serta petani Wong Seng Yee, 40; yang masing-masing bertanding atas tiket Bebas.

Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lepas mengisytih­arkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei 2018, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaru­hi pengundi di kawasan itu.

Muhyiddin berkata beliau tahu masalah dan isu penduduk Cameron Highlands yang dihadapi mereka dan yakin PH mampu melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab yang lebih baik berbanding BN.

“Saya percaya jentera parti sedang turun ke padang dan memperjela­skan pelbagai perkara bukan hanya melibatkan isu di kawasan itu malah turut mengenai isu pekerjaan dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang perlu diselesaik­an,” katanya.

Mengenai dakwaan Senator Bob Manolan Mohamad mengeluark­an kenyataan berbentuk ugutan kepada Tok Batin barubaru ini, Muhyiddin berkata terserah kepada pengundi termasuk Orang Asli untuk menilai kenyataan tersebut.

Katanya Bob Manolan telah memberikan penjelasan sewajarnya berhubung kenyataann­ya dan masing-masing berhak menilai tindakan itu.

Diminta mengulas gambar seorang wanita memakai baju PH mengagihka­n wang sewaktu berkempen, Muhyiddin enggan memberikan komen berhubung perkara itu kerana tidak berada di tempat kejadian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KENANGAN: Syed Saddiq berswafoto bersala belia-belia Tanah Tinggi selepas sesi dialog di Padang Golf Tanah Tinggi dekat Cameron Highland, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK KENANGAN: Syed Saddiq berswafoto bersala belia-belia Tanah Tinggi selepas sesi dialog di Padang Golf Tanah Tinggi dekat Cameron Highland, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Muhyiddin ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu Kementeria­n Dalam Negeri Tahun 2019 di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Muhyiddin ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu Kementeria­n Dalam Negeri Tahun 2019 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia