Utusan Borneo (Sarawak)

Calon Bebas desak siasatan segera dakwaan kegiatan beri wang

-

Calon Bebas bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands Wong Seng Yee mendesak pihak berwajib melakukan siasatan segera berhubung dakwaan kegiatan member wang kepada Orang Asli oleh jentera sebuah parti politik yang tular dalam media sosia sejak kelmarin.

Wong, 41, berkata jika benar dakwaan itu, ia amat mengecewak­an.

Beliau berharap semua calon dapat melaksanak­an kempen selama dua minggu ini secara bersih, amanah dan lancar.

“Namun jika benar, saya kecewa dan berharap pihak berkuasa dapat ambil tindakan agar perkara sama tidak berulang pada pilihan raya lain,” katanya ketika ditemui selepas membawa wakil media melawat ladang bunga kekwanya d Habu dekat sini semalam.

Ditanya mengenai kemungkina­n cenderung memihak kepada kerajaan Pakatan Harapan berikutan isu melibatkan tanah yang dibawanya adalah hampir sama dengan Manogaran, kata Wong beliau tidak memihak kepada sesiapa dan hanya berseorang­an dalam kempennya.

Katanya, soal peribad kecewa terhadap kerajaan yang gagal menangani isu tanah dan sebagainya tidak timbul dan apa yang penting adalah beliau terpanggi untuk membawa suara golongan petani didengari hingga peringkat atasan.

“Saya ada ramai rakan dar PH, DAP dan PKR dan begitu juga di pihak pembangkan­g BN iaitu MCA dan UMNO.

“Saya bertanding dalam PRK ini atas inisiatif sendir untuk membawa suara golongan pekebun di sini setelah melihat kekurangan dan kelemahan sebelum ini apabila suara petani tidak sampai ke pihak yang sepatutnya,” katanya.

PRK Parlimen Cameron Highlands berlangsun­g selepas Mahkamah Pilihan Raya mengisytih­arkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh dari BN pada Pilihan Raya Umum ke14, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaru­h pengundi di kawasan itu.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi awal 22 Jan dan hari pengundian 26 Jan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia