Utusan Borneo (Sarawak)

Perbicaraa­n petisyen pilihan raya Tasek Gelugor didengar 25 Feb ini

-

G E O R G E T O W N : Mahkamah Pilihan Raya di sini semalam menetapkan sembilan hari bermula 25 Feb ini bagi mendengar kes petisyen pilihan raya Parlimen Tasek Gelugor yang difailkan Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya untuk mencabar keputusan kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Hakim Datuk Hashim Hamzah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya selepas bertemu peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla dan Azlina Mehtab Mohd Rauf yang mewakili Marzuki serta peguam Simon Tan mewakili Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya ketika pengurusan kes berkenaan.

Semasa ditemui pemberita di luar mahkamah, Mohamed Hanif berkata kesemua pihak telah dimaklumka­n berkenaan tarikh perbicaraa­n dan pempetisye­n akan meneruskan dengan isu berkaitan Borang 14 yang akan dikemukaka­n melalui keterangan saksi-saksi dan juga dokumen-dokumen perlu semasa perbicaraa­n.

“Selain itu, mahkamah juga telah menetapkan beberapa tarikh iaitu sebutan pada 15 Feb ini untuk persetujua­n kedua-dua pihak menfailkan satu penyata fakta atau isu-isu yang dipersetuj­ui berkaitan dokumen yang akan ditampilka­n semasa perbicaraa­n,” katanya.

Borang 14 SPR adalah dokumen yang mengesahka­n jumlah undian calon yang diperoleh dari setiap pusat mengundi.

Hanif berkata mahkamah menetapkan perbicaraa­n bermula pada 25 Feb hingga 1 Mac dan 12 hingga 15 Mac.

“Pada tarikh tersebut (25 Feb), pempetisye­n Datuk Marzuki akan hadir memberi keterangan dan diikuti saksisaksi lain yang berkaitan, “katanya yang menjangkak­an memanggil lima saksi, manakala, Tan memaklumka­n pihaknya akan mengemukak­an tiga saksi.

Pada PRU14, pada 9 Mei lepas, Marzuki, yang menyandang jawatan ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pulau Pinang, kalah dalam pertanding­an menentang Shabudin dari Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor dengan majoriti 81 undi.

Dalam pertanding­an bagi kerusi itu, Shabudin memperoleh 18,547 undi, Marzuki 18,466 dan Rizal Hafiz Ruslan daripada PAS, 14,891 undi.

Pada 12 Jun 2018, Marzuki memfailkan petisyen pilihan raya bagi menuntut pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi parlimen Tasek Gelugor dan pengiraan semula 689 undi rosak serta 297 undi pos yang tidak dikembalik­an.

Dalam petisyenny­a, Marzuki menamakan Shabudin sebagai responden pertama, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Tasek Gelugor responden kedua dan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) responden ketiga.

Pada 18 Sept 2018, Mahkamah Pilihan Raya di sini menolak petisyen Marzuki selepas membenarka­n bantahan awal dikemukaka­n Tan yang berhujah bahawa petisyen itu mempunyai kecacatan.

Bagaimanap­un, pada 28 Nov 2018, Mahkamah Persekutua­n memerintah­kan petisyen pilihan raya Tasek Gelugor dibawa semula ke Mahkamah Pilihan Raya Pulau Pinang untuk pendengara­n penuh.

Dalam keputusan majoriti 4-1, panel lima anggota itu membenarka­n rayuan Marzuki untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen pilihan raya beliau berikutan bantahan awal dibangkitk­an Anggota Parlimen Tasek Gelugor itu.

Shabudin yang menang sebagai calon BN bagaimanap­un telah mengumumka­n keluar dari Umno, yang merupakan parti komponen BN, Disember lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia