Utusan Borneo (Sarawak)

Beli undi: SPR dan SPRM penimbang tara terbaik

-

Sebarang dakwaan pembelian undi oleh mana-mana pihak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands harus diserahkan kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kedua-duanya kini adalah badan bebas dan merupakan penimbang tara terbaik dalam isu tersebut.

“Bagi saya sendiri cukup dengan ‘husnuzon dan bersangka baik’... serahkan kepada pihak berkuasa,” katanya pada sidang media selepas mengadakan dialog dengan golongan muda Cameron Highlands, di sini semalam.

Baru-baru ini tular menerusi media sosial gambar seorang wanita berbaju merah dengan logo PH menyerahka­n wang tunai kepada orang ramai pada satu kempen pilihan raya yang didakwa oleh pemimpin Barisan Nasional sebagai pembelian undi oleh parti memerintah.

Dakwaan itu disanggah oleh PH yang menyatakan wanita tersebut menyerahka­n bayaran duit minyak kepada anggota parti yang datang menggunaka­n pengangkut­an sendiri semasa hari penamaan calon.

Syed Saddiq yang memandu sendiri kereta Honda City miliknya tiba di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah Brinchang bagi menghadiri program pertama beliau sebelum meneruskan dengan beberapa acara lain bersama pengundi Cameron Highlands semalam.

“Saya datang ke sini sebagai ahli politik dan saya nak pastikan jentera kerajaan tidak digunakan dalam kempen politik,” katanya, menambah beliau mengambil masa tiga jam dari Kuala Lumpur untuk tiba di kawasan pelanconga­n yang terkenal dengan cuaca sejuk itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia