Utusan Borneo (Sarawak)

PH tidak pernah beri duit untuk raih undI: Dr Mahathir

-

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) tidak pernah memberi duit untuk meraih undi rakyat.

“Pakatan Harapan tak pernah bagi duit kepada sesiapa ( untuk meraih undi),” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas dakwaan kononnya wujud amalan ‘membeli’ undi ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sekarang seperti mana beberapa keping gambar yang tular dalam media sosial.

Bagaimanap­un, beliau berkata kerajaan PH sememangny­a menyediaka­n bantuan kewangan kepada rakyat.

“Kalau dah duit (peruntukan pembanguna­n) itu kerajaan bagi, dia bagilah. Itu semua orang dapat,” katanya.

Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands pada 26 Jan ini menyaksika­n pertanding­an empat penjuru membabitka­n calon PH, Barisan Nasional ( BN) serta dua calon bebas.

PH meletakkan Pengerusi DAP Pahang, M Manogaran sebagai calon, manakala BN diwakili bekas pegawai kanan polis Datuk Mohd Ramli Nor.

Dua calon bebas, masingmasi­ng anak jati Parlimen Cameron Highlands, ialah bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61, dan petani, Wong Seng Yee, 40 tahun.

PRK berkenaan diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lepas mengisytih­arkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh dari BN dalam Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) Mei 2018, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaru­hi pengundi di kawasan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia