Utusan Borneo (Sarawak)

Sejam pemilik bersihkan rumah yang berselerak

-

Pemilik mengambil masa lebih kurang sejam membersihk­an rumah yang menjadi lokasi berlakunya insiden seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dijadikan tebusan oleh seorang lelaki tidak dikenali di sebuah unit di Apartment Telipok Ria, dekat sini, kelmarin.

Anak pemilik rumah itu, Kasman Rahim, 25, berkata mereka mula membersihk­an rumah tengah malam kelmarin dibantu jiran tetangga selepas pihak polis mengeluark­an mayat suspek.

Kasman yang sudah tinggal di apartment itu hampir 10 tahun berkata keadaan rumah berselerak dan banyak kesan darah suspek di bahagian dapur.

“Keadaanrum­ahbertabur­an... gelas dan pinggan pecah.

“Semalam (kelmarin) saya tidur di luar rumah sambil meninjau keadaan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, semalam.

Kelmarin, penghuni apartment itu kecoh dan cemas apabila dikejutkan dengan insiden seorang kanak-kanak perempuan dijadikan tebusan oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Polis Sabah bertindak segera melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek selepas dia mahu mencampak kanak-kanak perempuan itu dari tingkap dapur rumah tersebut.

Suspek maut di lokasi kejadian dan kanak-kanak perempuan itu berjaya diselamatk­an seterusnya dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas bagi mendapat rawatan lanjut.

Kanak-kanak perempuan itu kini dalam keadaan stabil dan sedang menjalani rawatan pakar.

Sementara itu, tinjauan Bernama di apartment itu mendapati penghuni menjalanka­n aktiviti harian seperti biasa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia