Utusan Borneo (Sarawak)

Stephen Wong adakan Program Walkabout sempena ketibaan Tahun Baharu Cina

-

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Sandakan Datuk Stephen Wong Tien Fatt telah mengadakan Program Walkabout di beberapa pasar awam sekitar Sandakan.

Kawasan-kawasan yang ditinjau ialah Pasar Malam Kim Fung dan Pasar Kim Fung di Batu 4 serta Pasar Elopura di Batu 1 Setengah.

Bercakap kepada media selepas program itu, beliau berkata aktiviti berkenaan akan menjadi acara tahunan pihaknya menjelang perayaan Tahun Baharu Cina.

Katanya, aktiviti seumpama itu memberi peluang kepada pihaknya untuk beramah mesra dengan orang ramai dan pada masa sama mereka boleh bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa.

Menurut beliau, pertemuan itu juga memberi peluang kepada pihaknya untuk mendengar secara langsung sebarang masalah atau aduan terutama melibatkan pasar awam.

Turut hadir pada Program Walkabout itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Calvin Chong Ket Kiun.

Pada program itu, Stephen dan Calvin turut menyerahka­n kalendar dan kad ucapan Tahun Baharu Cina kepada peniaga serta orang ramai.

 ??  ?? TINGKATKAN KUALITI: Freddy (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Abu Bakar selepas majlis pelancaran Logo Baharu YUM.
TINGKATKAN KUALITI: Freddy (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Abu Bakar selepas majlis pelancaran Logo Baharu YUM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia