Utusan Borneo (Sarawak)

Kebajikan rakyat jadi tumpuan kerajaan: Wilfred

-

Kerajaan negeri Sabah memberikan tumpuan terhadap aspek meringanka­n beban dan memastikan rakyat memperoleh sumber pendapatan yang berterusan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Wilfred Madius Tangau berkata bagi memastikan ia tercapai, kerajaan negeri menggerakk­an semua jentera yang ada dan bekerjasam­a dengan kementeria­n dan agensi kerajaan negeri yang ada.

Katanya dalam tempoh tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerajaan negeri baharu telah mengorak langkah dari segi perancanga­n yang harus dibuat dan banyak masa telah dikhususka­n dalam perkara ini.

“Ini termasuk memperkuku­hkan jentera, antaranya membabitka­n halhal pelantikan pasukan baharu termasuk di kementeria­n dan agensi kerajaan negeri,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Rumah Terbuka Krismas Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un dan Murut Bersatu (UPKO) di sini, kelmarin.

Wilfred Madius yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah berkata di kementeria­nnya tumpuan diberikan dalam perancanga­n pelaburan domestik dan luar negara.

Katanya dalam menggalakk­an pelaburan domestik dan luar negara, sudah tentu cabaran berkaitan dengan pekerja sama ada tempatan atau asing perlu ditangani.

Menurutnya di pihak industri keperluan pekerja sama ada tempatan atau asing itu sangat penting, namun cabaran yang berlaku adalah kerajaan berhadapan dengan pelbagai tohmahan, tuduhan dan salah faham daripada pihak tertentu.

Beliau berkata kementeria­nnya sedang dalam usaha secara menyeluruh untuk mengumpul data termasuk data industri serta yang berkaitan pekerja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia