Utusan Borneo (Sarawak)

SENTUHAN ‘MAGIS’ ABDUL JALIL RAMLI •

Skuad Piala Presiden Sarawak 2019 diyakini mampu melakukan yang terbaik pada kempen musim ini

- Oleh Mohd Norhadie Sahari

Saya percaya skuad muda Sarawak musim ini mampu mara lebih jauh iaitu berada dalam kelompok pasukan teratas dan semua pemain memulakan latihan intensif di Miri bermula esok Rabu). ”

(

Nazri Datuk Ahmad Lai

Pengurus Piala Presiden 2019

MIRI: Pengurus Piala Presiden 2019, Nazri Datuk Ahmad Lai menaruh keyakinan tinggi terhadap barisan skuad Piala Presiden Sarawak untuk memburu kedudukan terbaik musim ini.

Nazri berkata, skuad serba baharu itu cukup bersedia dan tidak sabar untuk menghadapi saingan Piala Presiden 2019 dijadualka­n bermula 21 Februari depan.

“Saya percaya skuad muda Sarawak musim ini mampu mara lebih jauh iaitu berada dalam kelompok pasukan teratas dan semua pemain memulakan latihan intensif di Miri bermula esok ( Rabu),” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Nazri juga percaya sentuhan jurulatih berpengala­man, Abdul Jalil Ramli mampu mencipta magis terhadap skuad muda Sarawak itu pada musim ini.

“Saya percaya Abdul Jalil mempunyai ramuannya tersendiri untuk membentuk pasukan seterusnya memperbaik­i kedudukan lebih baik dalam saingan peringkat kumpulan nanti,” katanya.

Sarawak berada dalam Kumpulan B menyaksika­n bersaing dengan juara musim lalu, Terengganu selain Felda United FC, PDRM, Perak, PKNP FC, Kuala Lumpur, Melaka, PKNS FC, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, Nazri bersama Abdul Jalil hadir pada Taklimat Pengurus Pasukan dan Jurulatih Piala Presiden 2019 di Kelana Jaya, Kuala Lumpur barubaru ini memberitah­u saingan kali ini amat sengit.

“Apapun cabarannya, seramai 26 pemain bakal mengalas tanggungja­wab musim ini mampu menyumbang sesuatu pasukan malah paling unik kita mempunyai ‘ Ramos dan Ramles’ junior dalam pasukan Piala Presiden Sarawak,” katanya.

Pemain yang dimaksudka­n ialah pasangan kembar iaitu Richman Jack Damsey dan Rachman Jack Damsey.

“Pasangan kembar itu ternyata licik dan lincah sama seperti Ramos dan Ramles Sari, kita percaya pasangan kembar dan pemain- pemain lain yang terpilih memahami akan tanggungja­wab yang harus dipikul,” jelasnya.

Menurutnya, senarai 26 pemain itu terdiri sembilan bekas pemain Piala Presiden 2018, Piala Belia 2018 ( lapan orang) dan sembilan pemain baharu.

“Gandingan pengalaman bekas pemain Piala Presiden 2018 dan Piala Belia 2018 serta kemunculan pemainpema­in baharu mampu merealisas­ikan misi pasukan dan pengurusan skuad Piala Presiden musim ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JADI REBUTAN: Abdul Jalil (tiga kanan) menjulang Piala Presiden 2019 sambil disaksikan Nazri (dua kanan) pada Taklimat Pengurus Pasukan dan Jurulatih Piala Presiden 2019 di Kelana Jaya, Kuala Lumpur.
JADI REBUTAN: Abdul Jalil (tiga kanan) menjulang Piala Presiden 2019 sambil disaksikan Nazri (dua kanan) pada Taklimat Pengurus Pasukan dan Jurulatih Piala Presiden 2019 di Kelana Jaya, Kuala Lumpur.
 ??  ?? SANDARAN: Muamer (kiri) menjadi sandaran pasukan Sarawak musim ini berganding­an bersama Bobby Gonzales.
SANDARAN: Muamer (kiri) menjadi sandaran pasukan Sarawak musim ini berganding­an bersama Bobby Gonzales.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia