Utusan Borneo (Sarawak)

‘Macau Scam’ gagal tipu pengurus ladang

Mangsa menyedari panggilan yang diterimany­a Ahad lalu amat mencurigak­an: Mustafa

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Tipu helah sindiket Macau Scam gagal memperdaya­kan seorang pengurus ladang di sini selepas dia menyedari panggilan yang diterimany­a Ahad lalu amat mencurigak­an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, pengadu, 46, cuba diperdayak­an kononnya dia terlibat dalam kes langgar lari di Seri Kembangan, Selangor sehingga menyebabka­n kematian seorang pejalan kaki.

“Panggilan itu kononnya dari Balai Polis Kuala Terengganu mengatakan pengadu telah terlibat dalam insiden langgar lari dengan menggunaka­n sebuah kereta yang disewanya dan kes

Panggilan itu kononnya dari Balai Polis Kuala Terengganu mengatakan pengadu telah terlibat dalam insiden langgar lari dengan menggunaka­n sebuah kereta yang disewanya dan kes tersebut masih

” dalam siasatan polis.

tersebut masih dalam siasatan polis,” jelasnya.

Katanya, talian tersebut kemudian disambungk­an kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan yang memaklumka­n kes yang sama kepadanya.

“Bagiamanap­un pengadu menafikan dia pernah berada di tempat yang dinyatakan dan terus memutuskan talian telefon itu.

“Pengadu tidak mengalami sebarang kerugian kerana tiada membuat sebarang pembayaran,” katanya dalam satu kenyataan dekat sini, semalam.

Mustafa Kamal menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat pihak tertentu yang menyamar sebagai pegawai atau anggota polis dengan mengatakan anda terlibat dengan kes langgar lari, jenayah pengubahan wang haram dan sebagainya.

Mustafa sekali lagi mengingatk­an bahawa pihak polis tidak pernah meminta orang ramai untuk membayar wang jaminan bagi menyelesai­kan kes ke akaun bank peribadi mana-mana individu.

“Jika meragui sesuatu panggilan telefon, sila rujuk dengan balai polis berdekatan untuk mendapatka­n maklumat nombor telefon yang sahih mana-mana IPK, IPD atau Balai Polis.

“Jangan panik dan jangan mengikut arahan yang diberikan pemanggil,” katanya lagi.

Tambahnya, orang ramai boleh melayari portal rasmi Polis Diraja Malaysia (rmp. gov. my), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial ( ccid. rmp.gov.my), Bank Negara Malaysia (bnm.gov.my).

Juga boleh layari Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak untuk mendapatka­n maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan kewangan dan seumpamany­a.

Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah Ketua JSJK Negeri Sarawak

 ??  ?? MUSTAFA
MUSTAFA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia