Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada laporan guru ditetak kerana pulas telinga pelajar

-

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan mengesahka­n tidak menerima laporan berhubung kes seorang guru terputus pergelanga­n tangan akibat memulas telinga pelajarnya.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah DSP Lee Chong Chern dalam satu kenyataan media di sini semalam.

“Baru-baru ini tular di laman sosial berkenaan gambar tangan kononnya tangan seorang guru yang putus akibat ditetak kerana memulas telinga pelajarnya.

“Adalah disahkan bahawa IPD Kota Samarahan tidak ada menerima laporan kes kejadian seperti mana yang ditularkan dan orang rama dinasihatk­an jangan berkongs atau menyebarka­n cerita yang tidak benar,” katanya di sin semalam.

Tegasnya, tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media 1998 akan diambil sekiranya ditangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia