Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja tidak mengaku rogol gadis bawah umur

-

Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Juvana Batu Niah terhadap tuduhan merogol seorang gadis bawah umur berusia 12 tahun.

Juvana terbabit, 15, dari Niah telah didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, juvana terbabit telah dituduh merogol seorang gadis bawah umur berusia 12 tahun tujuh bulan (semasa kejadian).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 4 hingga 5 petang, 1 Januari 2018 di sebuah bilik rumah panjang di Sungai Manong, Batu Niah.

Terdahulu, pegawai pendakwa ASP Mary Ong memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangk­an juvana terbabit telah mengaku tidak bersalah serta minta dibicara lanjut.

Majistret Kasyfurrah­man Abang Ahmad kemudian menetapkan 11 Februari depan untuk pengurusan kes.

Manakala juvana terbabit diperintah­kan supaya dibebas dengan jaminan RM2,600 dan ibu bapanya sebagai penjamin sementara menunggu tarikh tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia