Utusan Borneo (Sarawak)

Pengasuh dituduh dera bayi direman tujuh hari

-

Pengasuh yang ditahan kerana disyaki mendera seorang bayi berusia sembilan bulan sebelum ini, diperintah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh bayi malang terbabit.

Perintah dikeluarka­n oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas bayi malang itu meninggal dunia pagi kelmarin.

Pengasuh berusia 39 tahun itu yang direman bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, diperintah dihadapkan semula ke mahkamah pada 22 Januari ini

Rabu minggu lepas, suspek ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1), Akta Kanakkanak 2001 kerana mendera, sebelum tahanan reman itu di- lanjutkan sehingga 17 Januari.

Namun siasatan kes beralih arah selepas mangsa meninggal dunia pagi kelmarin dan kes diklasifik­asikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berdasarka­n laporan sebelum ini, suspek ditahan pihak polis Selasa minggu lepas di rumahnya di Jalan Permai berikutan laporan yang dibuat ayah bayi malang itu.

Laporan awal doktor mendapati mangsa mengalami pendarahan dan kembang pada bahagian dalam otak serta kedua-dua mata, selain keretakan tulang sebelah kiri kepala.

Mangsa yang didiagnosi­s doktor sebagai mengalami kematian otak, bagaimanap­un meninggal dunia selepas mesin bantuan hayatnya dipadamkan sekitar jam 11.40 pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia