Utusan Borneo (Sarawak)

Dua remaja antara tiga ditahan dalam operasi antidadah

-

Dua remaja berjinak-jinak dalam aktiviti salah dan guna dadah apabila disahkan positif dadah ketika ditahan polis di sini kelmarin.

Dua suspek dari Kampung Lubuk Tekurok Merasam dan Kampung Agong Tua ditahan bersama seorang lagi rakan mereka, 32, beralamat Kampung Pengkalan Gurah sekitar jam 1.30 petang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, ketiga-tiga suspek dibawa kepada Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ( BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Ketiga- tiga suspek turut positif jenis Methamphet­amine dan Amphethami­ne hasil ujian saringan awal polis yang dilakukan terhadap mereka,” katanya semalam.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek tidak mempunya rekod kesalahan lampau dan ditahan dalam tempoh 24 jam bagi melengkapk­an siasatan kesalahan narkotik.

Kes tersebut akan disiasat mengikut seksyen 15( 1)( a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia