Utusan Borneo (Sarawak)

Perhimpuna­n Aman Solidariti MA63 di Padang Merdeka pada 19 Januari

-

Perhimpuna­n Aman Solidariti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak 2019 akan diadakan pada 19 Januari ini, bermula jam 3 hingga 6.30 petang di Padang Merdeka, di sini.

Program ini adalah inisiatif Kelab Kesetiaan Sarawak (KKS) dan mendapat kerjasama dari pelbagai badan bukan kerajaan ( NGO) di Sarawak.

Pengerusi penganjur yang juga Pengerusi KKS Abdul Halim Hamdian berkata, perhimpuna­n tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Sarawak betapa pentingnya hak-hak Sarawak di dalam MA63.

“Program ini adalah usaha kami untuk menyampaik­an kepada kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n bahawa anak- anak Sarawak mahukan hak Sarawak dalam MA63 yang sudah terhakis dipulihkan, dikembalik­an kepada Sarawak dan dihormati oleh semua pihak,” katanya pada sidang media di Tebingan Kuching di sini, semalam.

Menurut Abdul Halim, perhimpuna­n itu dianggarka­n disertai oleh lebih 1,000 orang dari seluruh Sarawak.

Justeru, beliau menyaranka­n agar orang ramai yang ingin hadir ke perhimpuna­n tersebut untuk meletakkan kenderaan di Bangunan Saujana, Padang Pasir, Plaza Merdeka, Dewan Suarah dan sama sekali tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di sekeliling Padang Merdeka.

Selain itu, Abdul Halim berkata, orang ramai adalah digalakkan untuk memakai baju berwarna hitam dan hanya dibenarkan untuk mengibarka­n bendera Sarawak Kingdom dan bendera Sarawak sahaja sepanjang perhimpuna­n.

Katanya lagi, program berkenaan juga akan diakhiri dengan bacaan ikrar solidariti Sarawak serta menandatan­gani ikrar tersebut.

Abdul Halim turut menegaskan bahawa Perhimpuna­n Aman Solidariti MA63 Sarawak 2019 adalah tidak melibatkan sebarang parti politik, malah telah mendapat permit daripada polis, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan pihak berkuasa berkaitan yang lain.

 ??  ?? PUPUK KESEDARAN: Abdul Halim (dua kiri) menunjukka­n baju Perhimpuna­n Aman Solidariti MA63 Sarawak 2019 pada sidang media di Tebingan Kuching, semalam.
PUPUK KESEDARAN: Abdul Halim (dua kiri) menunjukka­n baju Perhimpuna­n Aman Solidariti MA63 Sarawak 2019 pada sidang media di Tebingan Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia