Utusan Borneo (Sarawak)

Dua tuduhan salah guna akaun bank, lelaki didenda

-

Seorang lelaki didenda RM4,000 atau lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Batu Niah setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan menyembuny­ikan wang milik seorang wanita menggunaka­n akaun banknya.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Kasyfurrah­man Abang Ahmad setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Tan Yong Shen dari Batu Niah menghadapi dua tuduhan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan dihadapi.

Berdasarka­n tuduhan pertama, tertuduh didapati dengan curang telah membantu menyembuny­ikan harta pengadu Jesyuka Lorisha Louis iaitu wang RM370 melalui akaun banknya.

Manakala dalam tuduhan kedua, tertuduh juga didapati dengan curang telah membantu menyembuny­ikan harta Jesyuka iaitu wang RM400 melalui akaun banknya.

Kedua- dua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh masing-masing pada jam 7.34 malam dan 8.49 malam, 7 Julai 2018 di sebuah bank di Batu Niah.

Bagi kesalahan pertama dan kedua, tertuduh masing-masing didenda RM2,000 atau empat bulan penjara.

Sementara dalam satu kes berasingan, seorang suri rumah turut didenda RM2,500 atau empat bulan penjara setelah mengaku bersalah melakukan kesalahan serupa.

Siti Aziadah Bali telah didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didapati dengan curang telah membantu menyembuny­ikan harta Noorishima Madani, 22.

Kesalahan itu didakwa dilakukann­ya pada jam 2.41 petang, 14 Jun 2017 di sebuah bank di Bekenu.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia