Utusan Borneo (Sarawak)

GPS platform kebangkita­n, perjuangan kembalikan hak

Parti akan memastikan hak Sarawak adalah milik Sarawak dan anak buminya wajar menikmati semua itu: Snowdan

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Perubahan politik semasa telah banyak mematangka­n kepimpinan negeri ini dan bangkit untuk memperjuan­gkan hak Sarawak yang selama ini terhakis secara sengaja ataupun tidak oleh kepimpinan terdahulu.

Dalam memastikan perkara ini tidak berulang dan terus dilupakan, pemimpin dan ‘Anak Sarawak’ perlu bangkit memperjuan­gkan hak mereka di bawah satu parti politik yang ditubuhkan anak Sarawak sendiri iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menteri Muda Belia dan Sukan Snowdan Lawan berkata, GPS adalah parti untuk semua dengan agenda perjuangan­nya memastikan hak Sarawak adalah milik Sarawak dan anak buminya wajar menikmati semua itu.

“GPS adalah merupakan platfom bagi anak negeri ini bangkit dan berjuang untuk

Kita ingin membuktika­n bahawa Sarawak hanya boleh dipimpin oleh anak Sarawak kerana hanya anak Sarawak yang boleh

” menentukan masa depan negeri ini.

mengembali­kan hak mereka, serta membuktika­n bahawa anak Sarawak boleh mentadbir negeri dengan pengurusan yang terbaik dan mementingk­an keperluan bersama.

“Kita ingin membuktika­n bahawa Sarawak hanya boleh dipimpin oleh anak Sarawak kerana hanya anak Sarawak yang boleh menentukan masa depan negeri ini.

“Di bawah GPS, semua anak Sarawak yang mempunyai idea, kebolehan, kemampuan, keyakinan dan lain-lain isu yang boleh membawa negeri ini maju ke hadapan diberi peluang dan dialu-alukan untuk berjuang bersama,” katanya.

Snowdan berkata demikian pada majlis Jelajah Bendera GPS di Dewan Suarah Sarikei, semalam.

Menurut Snowdan, GPS tidak mahu terikut-ikut dengan gelagat parti-parti politik dari Semenanjun­g yang tidak sehaluan dan sering bertelingk­ah sesama sendiri.

Situasi ini katanya, jelas membuktika­n agenda dan perjuangan mereka hanyalah untuk kepentinga­n diri sendiri dan bukan untuk masyarakat di peringkat akar umbi.

Pada majlis itu juga, tujuh pemimpin tempatan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii, Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab, ADUN Semop Abdullah Saidol, ADUN Kuala Rajang Datu Len Talif Salleh, ADUN Meluan Rolland Duat Jubin, ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing dan ADUN Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya menyeru masyarakat yang hadir agar membawa informasi dan maklumat berkaitan GPS ke semua peringkat masyarakat.

“Perjuangan GPS adalah perjuangan untuk semua yang mementingk­an semangat perpaduan bersama di bawah satu bumbung untuk memastikan Sarawak membangun dalam suasana yang harmoni dan semua pihak mendapat impak yang sewajarnya.

“Tiada yang diasingkan justeru kita mahu semua masyarakat yang bergelar anak Sarawak untuk bersatu hat dan jangan mudah untuk dijadikan boneka oleh pihak tertentu untuk memecah-belahkan Sarawak,” tegas mereka.

Sekitar 1,500 orang memeriahka­n program tersebut yang turut dihadiri Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Sarawak merangkap Ahli Dewan UNdangan Negeri (ADUN) Layar dan Ketua Rombongan GPS Flag Rally 2019 Gerald Rentap Jabu, ADUN Serembu Miro Simuh dan ADUN Machan Allan Siden Gramong.

Snowdan Lawan Menteri Muda Belia dan Sukan

 ??  ?? PERJUANGAN UNTUK SARAWAK: Ketibaan rombongan GPS di bandar Sarikei pada majlis Jelajah Bendera GPS, semalam.
PERJUANGAN UNTUK SARAWAK: Ketibaan rombongan GPS di bandar Sarikei pada majlis Jelajah Bendera GPS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia