Utusan Borneo (Sarawak)

KKM rampas 11 jenis produk tradisiona­l Cina tidak berdaftar bernilai RM7.4j

-

Kementeria­n Kesihatan Malaysia ( KKM) melalui Bahagian Penguatkua­saan Farmasi (BPF) merampas 11 jenis produk tradisiona­l Cina yang tidak berdaftar bernilai RM7.4 juta di sini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, rampasan itu hasil pemeriksaa­n di pintu masuk Pelabuhan Senari Kuching.

Ia seterusnya membawa kepada satu serbuan yang dilakukan pada 8 Januari di gudang.

“Hasil pemeriksaa­n yang dijalankan telah menemui sejumlah lebih 100,000 kotak produk-produk tidak berdaftar,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Kesemua produk itu dipercayai didalangi oleh sindiket dan dibawa masuk secara tidak sah untuk pasaran domestik khususnya di Sarawak, jelasnya.

Kementeria­n itu sedang menjalanka­n siasatan secara menyeluruh terhadap semua pihak yang terlibat dalam sindiket terbabit dan akan mengambil tindakan tegas.

Individu atau syarikat yang didapati terlibat menjual produk-produk berkenaan akan disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan berikutnya.

Manakala, bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

KKM juga memberi amaran kepada mana-mana individu atau syarikat yang mempunyai stok produk ini agar menghentik­an penjualan, pengedaran atau penggunaan­nya dengan serta- merta memandangk­an produk tersebut tidak terjamin daripada segi kualiti dan keselamata­nnya.

KKM juga menyaranka­n orang ramai untuk menyemak status pendaftara­n sebelum membeli sesuatu produk kesihatan.

Produk kesihatan berdaftar boleh dikenal pasti dengan meneliti ciriciri seperti nombor pendaftara­n MAL serta label Hologram Meditag pada pembungkus­annya.

Orang awam juga boleh menyemak status pendaftara­n sesuatu produk melalui laman sesawang www. npra.gov.my di ruangan ‘Product Status’ atau dengan menghubung­i Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menerusi talian 03-78835400.

“Orang-ramai juga dinasihatk­an supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan produk kesihatan serta testimoni pengguna yang membuat tuntutan tidak munasabah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia